Cara Buat Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-Off 2021 Bagi Fasa 2 & 3

Penantian calon yang memohon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 secara one-off bagi tahun 2021 bakal berakhir.

Ini kerana semua calon boleh membuat semakan secara online melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi Fasa 2 dan 3.

Apakah senarai-senarai opsyen yang boleh membuat semakan keputusan temuduga Guru DG41 one-off bagi Fasa 2 dan 3? Semak disini.

WAKTU SEMAKAN

Anda boleh membuat semakan pada waktu seperti berikut:

  • Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi-1.00 petang/2.00 petang-4.00 petang
  • Jumaat : 9.00 pagi-12.15 tengah hari

SENARAI OPSYEN

Opsyen-opsyen Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 secara one-off bagi tahun 2021 untuk semakan bagi Fasa 2 dan 3 adalah seperti berikut:

Fasa 2

  • Sejarah

Fasa 3

  • Reka Bentuk Teknologi
  • Pendidikan Moral
  • Dini
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Automotif
  • Seni Kulinari
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Pemesinan Industri
  • Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
  • Kosmetologi
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian
  • Bakeri Dan Pastri
  • Teknologi Pembinaan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Agroindustri Ternakan Poultri
  • Agroindustri Tanaman
  • Agroindustri Ternakan Ruminan
  • Hortikultur
  • Teknologi Enjin Marin
  • Teknologi Mekanisasi Agro
  • Bioteknologi
  • Florikultur
  • Insurans
  • Pengurusan Peruncitan
Nota: Sekiranya calon menerima keputusan temuduga seperti berikut, TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA, ini bermakna keputusan temuduga anda akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

CARA BUAT SEMAKAN

Anda boleh membuat semakan secara online melalui pautan berikut:

Cara Buat Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-Off 2021 Bagi Fasa 2 & 3

  • Masukkan Nombor kad pengenalan dan klik HANTAR.
  • Keputusan temuduga anda akan dipaparkan.

TINDAKAN CALON

Setelah mendapat keputusan temuduga dan lulus dalam temuduga, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
  • Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
  • Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut.
  • SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Selain itu, calon dari negeri Sabah dan Sarawak yang memohon jawatan sebagai Inspektor Polis Gred YA13 dan Konstabel Polis Gred YA1 sudah boleh membuat semakan Status Panggilan Eksesais Pemeriksaan Ujian Fizikal mulai sekarang.

Klik pautan dibawah untuk semakan status.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai semakan keputusan temuduga pengambilan Pegawai Pendidikan DG41 One-Off Tahun 2021 Fasa 3 & 4, sila hubungi Urusan Pengambilan di nombor berikut:

  • 03-8893 4019/03-8893 4020
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.