Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Scammer Melalui Semak Mule Sebelum Anda Menjadi Mangsa Yang Seterusnya

849

Pada Januari 2020 yang lalu, Semak Mule aplikasi semak nombor telefon untuk mengenalpasti sindiket penipuan atau scammer telah diperkenalkan dan boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit masing-masing.

Seperti sedia maklum, transaksi wang untuk urusan jual beli terutamanya sangat mudah pada masa kini kerana ianya dapat dilakukan secara online sahaja.

Jom dapatkan cara untuk membuat semakan nombor telefon melalui Semak Mule agar kita semua tidak lagi menjadi mangsa scammer yang seterusnya.

Baca juga: One Stop Centre CCID Scam Response Centre. Semak Scammer & Buat Aduan Sekiranya Ditipu Scammer

INFO RINGKAS APLIKASI SEMAK MULE

Portal ini memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlibat dengan pihak polis. Akaun yang digunakan suspek akan disekat penggunaannya oleh pihak bank.

Aplikasi Semak Mule dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi dan institusi bank-bank dan pada Mac 2019 juga, sebuah jawatankuasa teknikal jenayah siber ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi membanteras jenayah ini.

CARA MENGGUNKAN APLIKASI SEMAK MULE

Untuk menggunakan aplikasi Semak Mule dengan:

Semak Scammer Melalui Semak Mule Sebelum Anda Menjadi Mangsa Yang Seterusnya

  • Masukkan nombor telefon dan skrin akan memaparkan sama ada mereka adalah sindiket penipuan (scammer) atau tidak.

Selain daripada aplikasi Semak Mule, anda juga boleh membuat semakan nombor telefon di:

Semak Scammer Melalui Semak Mule Sebelum Anda Menjadi Mangsa Yang Seterusnya

  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik SEMAK MAKLUMAT.
  • Maklumat yang anda perlukan akan dipaparkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,
    Polis Diraja Malaysia,
    Aras 33, Menara 238,
    Jalan Tun Razak,
    50400 Kuala Lumpur.
  • Telefon: 03-26101222
  • Faks: 03-26101000
  • Bilik Gerakan: 03-26101599
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...