Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Tarikh Pembayaran i-Lestari Bagi Bulan November Disini. Rujuk Jadual Ini

8,733

SEMAK TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI BAGI BULAN NOVEMBER DISINI. RUJUK JADUAL INI

Penerima i-Lestari mungkin tertunggu-tunggu tarikh kemasukan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun bank masing-masing bagi bulan November, bukan? Jika ya, anda boleh semak disini melalui jadual pembayaran yang dikongsikan oleh pihak KWSP.

Jika sebelum ini anda menerima wang i-Lestari KWSP setiap bulan pada 1 haribulan mengikut hari bekerja, pada bulan November akan datang juga anda akan menerima pada tarikh yang sama

Sekiranya anda ragu-ragu dengan tarikh kemasukan wang ke dalam akaun anda, sila rujuk jadual pembayaran seperti di bawah nanti.

CARA-CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN I-LESTARI KWSP

Anda juga boleh membuat semakan bayaran i-Lestari ke akaun seperti berikut :

Bagi anda yang mempunyai masalah berkaitan dengan kredit bayaran, anda akan menerima cek daripada Jurubank dan tunaikan sendiri ke akaun bank anda.

SEMAKAN BAKI AKAUN 2 KWSP

Anda juga boleh membuat semakan baki akaun 2 KWSP terlebih dahulu untuk sebelum anda semak kemasukan duit i-Lestari ke akaun anda.

Anda boleh menyemak baki akaun 2 KWSP dimana anda hanya perlu semak secara online sahaja iaitu melalui i-Akaun dan ianya memudahkan anda untuk berurusan dan tidak perlu lagi ke kaunter KWSP semata-mata untuk membuat semakan baki akaun 2 anda.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI AKAUN 2 KWSP

Untuk membuat semakan baki akaun 2 KWSP, anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Caranya ialah :

  • Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP melalui emel atau ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP yang terdekat dengan anda.

Untuk log masuk ke i-Akaun KWSP pula :

  • Klik Portal KWSP terlebih dahulu.
  • Masukkan KOD PENGAKTIFAN di ruangan USER ID. (Aktifkan dalam masa 30 hari selepas terima kod pengaktifan)
  • Masukkan KATA LALUAN SEMENTARA dan klik LOGIN.
  • Log masuk dengan ID baru.
  • Buat semakan baki akaun anda sekarang.

JADUAL PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP NOVEMBER 2020

Berikut adalah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan November 2020 berdasarkan jadual yang dikongsikan ini :

Semak Tarikh Pembayaran i-Lestari Bagi Bulan November Disini. Rujuk Jadual Ini

Pembayaran pertama bagi bulan November akan dibayar pada 2 November 2020 dan untuk pembayaran seterusnya sila rujuk jadual di atas.

Nota : Untuk rujukan pemohon sahaja. Sebarang pindaan tarikh akan dimaklumkan oleh pihak KWSP.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk dapatkan info selanjutnya berkaitan pembayaran i-Lestari, anda boleh dapatkan maklumat serta ajukan pertanyaan di saluran berikut :

  • KWSP HOTLINE : 03-8922-4848
  • ENQUIRY KWSP
  • Telefon : 03 – 8922 6000
  • Faks : 03 – 8922 6222
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...