Pada 22 Februari 2021 yang lepas ini. sudah pastinya para penerima BPR 2021 sudah dikreditkan wang bantuan seperti yang dijanjikan. Wang bantuan ini dikreditkan ke dalam akaun masing-masing mengikut jenis-jenis bank atau akaun yang telah diberikan oleh pemohon.
Namun, apa pula yang perlu dilakukan sekiranya penerima BPR berada dalam kategori GAGAL KREDIT?
Jika anda berada dalam situasi ini, apa yang perlu anda lakukan?
BPR 2021 GAGAL KREDIT
Isi Kandungan
Sekiranya status pembayaran anda adalah GAGAL KREDIT, anda perlu hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menerima wang bantuan anda secara tunai.
Tetapi sebelum itu, anda perlu membuat semakan nombor baucer terlebih dahulu.
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAUCER TUNAI BPR 2021
Untuk membuat semakan baucer tunai BPR 2021, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan berikut : BPR 2021
- Masukan NOMBOR KAD PENGENALAN dan buat semakan status.
- Selesaikan captcha dan klik SEMAK.
- Klik PAPARAN MAKLUMAT dan LOG MASUK.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN. Kemudian klik LOG MASUK.
- Untuk semakan NOMBOR BAUCER BPR,klik MAKLUMAT PEMBAYARAN BPR.
- Nombor baucer BPR 2021 akan dipaparkan.
- Salin dan simpan nombor baucer BPR 2021 untuk dibawa ke BSN.
NOTIS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR 2021)
INFO SELANJUTNYA
Untuk info selanjutnya sila hubungi Pusat Hubungan Pelangan BSN di :
- Telefon : 1300-88-1900
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.