Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan Keputusan MUET On Demand 2020 Online

0 1,063

Untuk pengetahuan, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah melaksanakan Sesi Ujian Malaysian University English Test (MUET) melalui MUET on Demand (MoD) . Ujian MoD ini dijalankan secara online menggunakan komputer atau Computer Based Test (CBT) dan Paper Based Test.

Ujian MoD telah mula dijalankan pada bulan April 2018 khas untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi.

Standard ujian bagi MoD ini adalah sama standardnya seperti ujian MUET sedia ada. Perbezaannya adalah bagi MoD, tarikh peperiksaan adalah bergantung kepada permintaan calon berbanding 3 kali setahun seperti MUET sedia ada. Yuran peperiksaan walau bagaimanapun adalah sedikit mahal iaitu RM250 bagi MoD manakala RM100 bagi MUET sedia ada.

Jika dahulunya MUET dijalankan di pusat bertauliah seluruh negara seperti sekolah, kini peperiksaan MoD akan dilaksanakan di pusat-pusat ujian tertentu seperti Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan di Eco Sky, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Calon-calon juga tidak perlu menunggu sehingga 2 bulan selepas tarikh peperiksaan seperti MUET sedia ada, keputusan peperiksaan MoD boleh diperolehi selepas 3 minggu peperiksaan

Pastinya pelajar-pelajar lepasan STPM, diploma dan setaraf dengannya tidak akan melepaskan peluang ini kerana tidak perlu lagi menunggu bulan tertentu untuk mengambil peperiksaan MUET dan seterusnya mendapatkan keputusan untuk membuat permohonan ke peringkat ijazah seterusnya. Pelajar yang gagal mendapatkan keputusan memuaskan juga berpeluang mengambil semula ujian dengan kadar segera melalui MoD

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MoD) SESI JANUARI 2020 SECARA ONLINE 

Khusus bagi calon-calon yang telah menduduki peperiksaan MUET on Demand bagi sesi Januari 2020, semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat mulai tarikh dan di pautan yang akan dikongsikan di bawah

KEPUTUSAN UJIAN MUET on Demand (MoD) SESI JANUARI 2020
Tarikh Jam

30 Januari 2020

Akan Dikemaskini

MEKANISME SEMAKAN MUET on Demand (MoD)

MUET RESULT

Semakan Secara Online
1. Sila layari pautan yang disediakan di atas untuk membuat semakan
2. Masukkan No. Kad Pengenalan calon mengikut format yang tepat seperti berikut:
800529085281 atau A2152856 atau ZSA001001 atau Z145259 atau R133696 atau R143497
JADUAL KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MoD) 2020

JANUARI

Tarikh Keputusan

30.01.2020

Hari

Khamis

FEBRUARI

Tarikh Keputusan

10.03.2020

Hari

Selasa

MAC

Tarikh Keputusan

14.04.2020

Hari

Selasa

APRIL

Tarikh Keputusan

5.05.2020

Hari

Selasa

JUN

Tarikh Keputusan

7.07.2020

Hari

Selasa

JULAI

Tarikh Keputusan

6.08.2020

Hari

Khamis

OGOS

Tarikh Keputusan

8.09.2020

Hari

Selasa

SEPTEMBER

Tarikh Keputusan

13.10.2020

Hari

Selasa

OKTOBER

Tarikh Keputusan

17.11.2020

Hari

Selasa

Semua tarikh adalah tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
PERMOHONAN MENDUDUKI MUET ON DEMAND (MoD) 
Bagi calon yang berminat untuk menduduki peperiksaan MUET on Demand (MoD), anda boleh mendaftarkan diri di pautan seperti di bawah
👉Sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran MUET on Demand
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan di bawah atau hubungi:
Laman Web: 👉 http://www.mpm.edu.my
Alamat: Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Telefon: 03-61261600
Email: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...