Nak Beli Rumah? Semak Dulu Senarai Lengkap Pemaju Perumahan Senarai Hitam (Blacklisted) & Bermasalah Ini

Jangan terburu-buru untuk membeli rumah walaupun anda mendapat pelbagai tawaran yang menarik daripada pemaju. Anda diminta berhati-hati sekiranya tawaran yang diberikan agak tidak masuk akal dan mencurigakan. Mungkin syarikat pemaju tersebut merupakan syarikat yang telah disenarai hitam dan pastikan anda membuat semakan dengan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (KPKT) terlebih dahulu.

Untuk membuat semakan pemaju senarai hitam, anda boleh lakukan secara online sahaja tanpa perlu hadir ke Jabatan Perumahan Negara (JPN).

MENGAPA PERLU MEMBUAT SEMAKAN TERLEBIH DAHULU?

Sebagai seorang pembeli rumah, anda perlu menjadi pembeli yang bijak kerana terlalu banyak perkara yang tidak diingini menyebabkan kerugian wang pada pihak pembeli dimana rumah yang dibeli tidak siap dan terbengkalai. Gaji dipotong kerana membuat pinjaman bank, tetapi rumahnya tidak kelihatan dan tidak dapat didiami.

Jadi, elok kiranya pembeli berhati-hati dan buat semakan terlebih dahulu.

CARA MEMBUAT SEMAKAN ONLINE

Untuk membuat semakan senarai hitam pemaju perumahan secara online, anda hanya perlu klik pautan ini :

SENARAI HITAM PEMAJU

Seterusnya anda hanya perlu membuat carian nama syarikat pemaju yang telah disenaraikan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) disini.

KATEGORI SENARAI HITAM PEMAJU PERUMAHAN

Terdapat empat kategori senarai hitam pemaju perumahan yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) di atas beberapa kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].  Empat kategori tersebut ialah :

1 Senarai Hitam Pemaju Perumahan Tanpa Lesen

Pemaju Perumahan Tanpa Lesen terbahagi kepada 4 kategori pula iaitu :

  • Siap dengan CFO / CCC
  • Siap Tanpa CFO / CCC
  • Bermasalah
  • Gabungan daripada 2 dia atas atau ketiga-tiga sekali

2 Senarai Hitam Pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Berikut adalah senarai hitam bagi pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) :

3 Senarai Hitam Pemaju Gagal Membayar Kompaun

Antara senarai hitam Pemaju Gagal Membayar Kompaun pula adalah seperti berikut :

4 Senarai Hitam Pemaju Terlibat Dengan Projek Perumahan Terbengkalai

Ini pula senarai hitam bagi kategori Pemaju terlibat dengan projek perumahan terbengkalai. Semak disini :

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan senarai hitam pemaju, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) di saluran berikut :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.