Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

7,848

Pemohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) boleh membuat semakan mulai hari ini dan bayaran sebanyak RM300 telah dilaksanakan pembayarannya bermula 30 Disember 2020 secara berperingkat oleh Bank Simpanan Nasional.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) juga telah mengumumkan bahawa bayaran ini disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima dan permohonan yang telah berjaya telah mula dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Bagi yang belum mmebuat semakan, lihat sini cara membuat semakan seperti yang dikongsikan.

BAYARAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)

Bayaran yang akan diberikan adalah sebanyak:

  • RM300 / One off

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)

Tarikh pembayaran kepada pemohon yang berjaya dan lulus adalah pada:

  • 30 November 2020 / secara berperingkat

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat tuntutan bayaran tunai melalui kaunter Cawangan BSN yang berdekatan dengan membawa bersama kad pengenalan anda.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL SECARA ONLINE

Selain daripada dimaklumkan melalui Sistem Pesanan ringkas (SMS), anda juga boleh membuat semakan secara online melalui pautan berikut:

BKIT RM300: Bantuan Khas Ibu Tunggal, Semak & Tarikh Bayaran Bermula 30 November 2020

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik CARI.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan.

DEFINISI IBU TINGGAL BAGI PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)

Definisi Ibu Tunggal berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020) ialah kaum perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah.
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Cara permohonan Bantuan Ibu Tunggal dan pendaftarannya boleh klik disini dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Segala maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal anda boleh gunakan saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...