Sembang Nak Membeli di Whatsapp, Terus Keluar Iklan di Facebook. Ini Cara Off App History Telefon Anda
Tiba-tiba rasa seperti Facebook berhantu pula. Manakan tidak, baru sahaja bincang tentang pembelian jam tangan dalam group Whatsapp, tiba-tiba banyak pula iklan berkaitan jam tangan yang keluar di Facebook.
Macam mana Facebook boleh tahu?
Ini sebabnya.
Facebook Rekod Semua Aktiviti Di Handphone
Isi Kandungan
Perkara yang berlaku ini dinamakan off-facebook activity.
Untuk pengetahuan anda, semua aplikasi yang ada di handphone anda mempunyai ‘history’ termasuk aplikasi perbankan yang digunakan.
Agak bahaya, bukan?
Jadi bagaimankah caranya untuk hapuskan history ini?
Cara Delete History Dan Turn Off Dari Facebook
Disini dikongsikan cara untuk hapuskan history dan untuk turn off daripada Facebook.
Ikut langkah-langkah seperti di bawah.
Pergi Ke bahagian Setting & Privacy
Pergi ke Facebook Activity
Klik Manage Your Off- Facebook Activity
Klik Pada Clear History
Clear History
Pergi Ke More Options Dan Klik Manage Future Activity
Klik Manage Future Activity
Klik Butang Biru Dan Tukarkan Kepada Off
Klik Turn Off
Siap.
Jadi, selepas ini Facebook tidak lagi dapat memantau aktiviti yang anda lakukan di dalam aplikasi yang terdapat di dalam telefon anda lagi.
Selamat mencuba.
Sumber :
- Siakap Keli
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.