Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Start Hari Ini Sehingga 18 Disember, Semua Sekolah Seluruh Malaysia Ditutup

1,325

Berikutan pandemik Covid-19 yang semakin lama semakin meruncing, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk menutup sekolah bermula hari ini (9 November 2020) hingga hari terakhir persekolahan tahun ini iaitu pada 18 Disember 2020.

Tarikh akhir sesi persekolahan ialah seperti berikut :

  • Bagi sekolah di negeri Kumpulan A :  Sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember 2020.
  • Bagi sekolah di negeri Kumpulan B : Sesi persekolahan berakhir pada 18 Disember 2020.

Start Hari Ini Sehingga 18 Disember, Semua Sekolah Seluruh Malaysia Ditutup

SEKOLAH DI NEGERI PERLIS, PAHANG DAN KELANTAN

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata sekolah di Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.

Beliau berkata, penutupan sekolah mengambil kira sejumlah besar, iaitu kira-kira 74 peratus sekolah berada dalam negeri PKPB, mulai 9 November 2020.

Dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik COVID-19 dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi, Kementerian Pendidikan memerlukan pendekatan yang berbeza. Dan, ada kalanya pendekatan itu luar daripada kebiasaan.

KEPUTUSAN MEMBABITKAN KESELAMATAN SEMUA PIHAK

Setiap perancangan atau keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan diteliti kerana kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan yang begitu besar jumlahnya, merangkumi lebih lima juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga.

Radzi berkata, keputusan dan pendekatan yang diambil Kementerian Pendidikan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga kementerian.

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

Sepanjang penutupan sekolah, sesi pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan di rumah, mengikut kesesuaian guru dan murid.

  • Sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara ‘home-based learning’ mengikut kesesuaian guru dan murid.
  • Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
  • Guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing, manakala bagi murid yang tinggal di asrama, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.

SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA

Mengenai pembukaan semula sekolah tahun depan, Radzi berkata, semua murid sekolah rendah dan sebahagian daripada pelajar sekolah menengah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai :

  • 20 Januari 2021

Sesi persekolahan ini membabitkan 2 kategori iaitu :

  • Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 20 Januari 2021.
  • Begitu juga bagi murid Tingkatan Satu, Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.

Start Hari Ini Sehingga 18 Disember, Semua Sekolah Seluruh Malaysia Ditutup

Manakala murid Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara ‘home-based learning’ mengikut kesesuaian guru dan murid.

Semua murid hanya akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021 kerana kelas akan digunakan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...