Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bajet 2021 : Senarai Bantuan Untuk Warga Emas

4,056

Warga emas juga tidak dikecualikan ketika pembentangan Belanjawan 2021 dan terdapat beberapa inisiatif yang diberikan untuk mereka yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti masing-masing.

Untuk pengetahuan anda, warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyambut baik segala pemberian inisiatif kepada warga emas dimana sebelum ini pihak JKM telah mengusulkan agar segala kadar elaun dan bantuan dinaikkan seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

SENARAI BANTUAN UNTUK WARGA EMAS

Berikut adalah beberapa senarai yang diberikan ketika pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini:

1. BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSASAR

  • Pesara Kerajaan: RM300/one-off
  • Veteran Tidak Berpencen: RM300/one-off
  • Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara: RM500/one off
  • Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, Guru KAFA: RM500/one-off
  • Elaun Sara Hidup Nelayan: RM300/bulan

2. BANTUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS

Untuk bantuan kebajikan warga emas, kadar bantuan telah dinaikkan daripada:

  • RM350 kepada RM500 sebulan.

3. PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH WARGA EMAS

Sama seperti saguhati kepada sukarelawan OKU, RM400 saguhati maksimum untuk sukarelawan dan RM80 untuk klien dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM18 juta.

4. PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Mungkin ada memikirkan bahawa Program Jaringan Prihatin hanya untuk golongan belia sahaja. Tetapi ia boleh dimanfaatkan seluruh rakyat Malaysia termasuk warga emas. Melalui program ini, sebanyak RM180 akan diberikan secara one-off dalam bentuk kredit telekomunikasi.

5. INISIATIF TIDAK LANGSUNG

  • Potongan cukai tambahan untuk majikan yang menggaji warga emas dilanjutkan sehinga 2025
  • RM50,000 Bantuan Kewangan Tahunan untuk pengoperasian Pusat Akitiviti Warga Emas kendalian NGO.
  • Had pelepasan cukai bagi rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan dari RM5,000 kepada RM8,000.

Bajet 2021 : Senarai Bantuan Untuk Warga Emas

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...