Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Senarai Nombor Telefon KPDNHEP Setiap Negeri Untuk Aduan Untuk Aktiviti Perniagaan Tak Beretika

2,044

Harga Barang Naik, Turun Atau Kekal

Sepanjang tempoh PKP didapati kebanyakan harga barang masih lagi dalam kawalan. Kebanyakan peniaga masih lagi mengekalkan harga yang sama dan jika ada kenaikan harga ianya adalah dalam kawalan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ada sesetengah tempat didapati harga sekilo ayam mengalami kenaikan kerana terlalu banyak permintaan dan ada yang harga sekilo ayam turun dengan mendadak dengan alasan kurang pembelian dan peniaga bergantung pada pemborong untuk menentukan harga jualan.

Namun anda tidak perlu khuatir kerana pihak KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan dan siasatan ke atas mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ada aduan daripada pengguna.

KLMarket05

Aduan Pengguna

Sekiranya anda mendapati harga barang yang dibeli terlalu mahal daripada kebiasaan, anda boleh membuat aduan kepada pihak KPDNHEP supaya mereka boleh mengambil tindakan kepada pihak peniaga yang didapat bersalah menaikkan harga barang sesuka hati mereka sepanjang PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menggalakkan rakyat melaporkan kepada KPDNHEP, jika mendapati peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya dan menggesa supaya pemantauan dilakukan terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan sepanjang PKP dengan menaikkan harga barang hingga membebankan pengguna yang terhimpit ekoran COVID-19.

“Sehubungan itu, KPDNHEP perlu tahu aduan kenaikan supaya siasatan boleh dibuat ke atas peniaga berkenaan secara spesifik.

“Kita akan mengalami kesukaran untuk mengambil tindakan kepada peniaga yang mengambil kesempatan jika ia dibuat secara umum,”

(Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman)

pantau

Nombor Aduan Pengguna Mengikut Negeri

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berkaitan kenaikan harga barangan, anda boleh terus menghubungi nombor berikut :

no phone kpdnhep

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...