Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Vaksinasi Secara Walk-In Mengikut Kategori & Ini Tarikh Untuk Semakan Anda
Beruntung jadi warga Lembah Klang kerana boleh mendapatkan vaksin secara walk-in sahaja mulai 2 Ogos 2021.
Terdapat 2 kategori yang ditetapkan untuk hadir vaksin secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu untuk kategori Warganegara dan Bukan Warganegara.
Jadi, anda boleh dapatkan senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk Vaksinasi Walk-In mengikut kategori beserta tarikh yang ditetapkan.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit
TARIKH VAKSINASI WALK-IN
Isi Kandungan
Tarikh untuk vaksinasi secara walk-in adalah bermula pada:
- 2 Ogos 2021 hingga 22 Ogos 2021
KATEGORI VAKSINASI WALK-IN
Terdapat 2 kategori yang boleh hadir ke Vaksinasi Walk-In iaitu:
- Warganegara
- Bukan warganegara
TARIKH VAKSINASI WALK-IN MENGIKUT KATEGORI
Tarikh vaksinasi walk-in mengikut kategori pula adalah seperti berikut:
Warganegara
- 2 hingga 4 Ogos 2021: 40 tahun ke atas atau golongan komorbid
- 5 hingga 22 Ogos 2021: 18 tahun ke atas
Bukan warganegara
- 9 hingga 11 Ogos: 40 tahun ke atas atau golongan komorbid
- 12 hingga 22 Ogos 2021: 18 tahun ke atas
Proses vaksinasi akan bermula pada 2 petang dan mengikut senarai PPV yang dikhaskan untuk walk-in.
DOKUMEN SOKONGAN
Untuk dapatkan vaksinasi secara walk-in, anda perlu membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut:
- Individu komorbid: Sila bawa bersama surat doktor untuk mengesahkan sejarah kesihatan anda.
- Anda juga perlu membawa bukti menunjukkan lokasi bermaustatin Lembah Klang seperti contoh berikut:a. Alamat di Kad pengenalan
b. Lesen memandu
c. Bil utiliti atau kad kredit
d. Kad pekerja
e. Kad pelajar
f. Surat perjanjian
g. Dokumen yang sesuai
SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) VAKSINASI WALK-IN
Dimanakah anda boleh dapatkan vaksinasi secara walk-in?
Semak senarai PPV untuk vaksinasi walk-in disini:
VAKSINASI WALK-IN PROGRAM JANGKAU LUAR KOMUNITI
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat satu lagi vaksinasi secara walk-in iaitu melalui Program Jangkau Luar Komuniti.
Maklumat penuh vaksinasi walk-in melalui Program Jangkau Luar Komuniti adalah seperti berikut:
- Bermula pada: 9 Ogos 2021
- Maklumat program seperti tarikh, masa dan lokasi bergantung kepada jadual agensi yang terlibat.
Dokumen Penting
Pastikan anda membawa bersama dokumen penting berikut ketika hadir ke Vaksinasi Walk-In Program Jangkau Luar Komuniti:
- Dokumen penting bukti bermaustatin di Lembah Klang
- Sila bawa bersama surat doktor untuk mengesahkan sejarah kesihatan anda bagi individu komorbid
Baca juga: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.