Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sepanjang PKP Ini Cara Mengajar Yang Boleh Cuba Dipraktikkan Guru di Rumah

1,977

Kelas Online Dari Rumah

Semenjak PKP dijalankan dan KPM mengarahkan sekolah ditutup dan guru sekolah terus memikirkan inisiatif yang sesuai supaya anak murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Jadi kebanyakan guru sendiri telah mencuba untuk menjalankan kelas secara online dari rumah masing-masing dan berhubung terus dengan anak-anak murid mereka.

Kaedah Dan Aplikasi Yang Digunakan

Terdapat pelbagai kaedah dan aplikasi yang digunakan oleh para guru sepanjang musim PKP ini seperti :

1. Google Classroom

Kebanyakan guru menggunakan aplikasi ini dan terus berhubung dengan murid mereka yang berada di rumah dan ini adalah komunikasi dua hala dimana murid boleh terus bertanyakan soalan kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu subjek yang diajar.

google classroom

2. Zoom

Ada guru yang menggunakan apliksi zoom yang mana setiap guru dan murid perlu memuat naik aplikasi ini sebelum digunakan. Ia juga merupakan kaedah komunikasi dua hala dan sama seperti google classroom.

zoom

3. Telegram Channel

Dengan menggunakan telegram channel, murid akan dapat belajar apabila guru memuat naik soalan dan murid boleh save file yang telah di muat turun oleh murid itu sendiri.

telegram

4. Whatsapp App 

Kebanyakan guru memilih menggunakan whatsapp secara group kerana kebanyakan ibu bapa menggunakan aplikasi ini untuk kegunaan seharian. Jadi, ianya memudahkan kedua belah pihak untuk mengajar dan belajar. Guru akan menghantar file kertas soalan dan murid boleh muat turun file tersebut untuk melakukan kerja rumah yang telah diberikan.

Murid juga boleh menaip atau voice message soalan untuk dikemukakan kepada guru sekiranya tidak memahami soalan yang diberikan oleh guru atau ingin mengetahui jawapan yang lebih lanjut.

wassap web

5. Google Drive

Aplikasi ini pula sangat berguna untuk guru dan juga pelajar kerana mereka boleh menyimpan semua fail yang telah di upload dan di download. Aplikasi ini akan menjimatkan ruang fail yang ada di dalam komputer

google drive

6. Youtube

Guru-guru yang kreatif pula akan membuat tutorial subjek dalam bentuk video dan dimuatkan ke dalam youtube dan link akan diberikan melalui group whatsapp pelajar masing-masing. Jadi pelajar mempunyai masa untuk ulangkaji subjek yang telah divideokan oleh guru berulang kali.

youutube apps

7. Facebook Live

Guru juga mengambil inisiatif dengan membuat live di facebook. Mereka akan add pelajar atau pelajar boleh add sendiri ke dalam group terlebih dahulu dan guru boleh mengajar secara live melalui facebook.

facebook apps

Secara tidak langsung, guru-guru akan menjadi lebih kreatif untuk mengajar walaupun selepas tamatnya PKP dan guru-guru akan menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi yang telah tersedia untuk digunakan.

Terima kasih, Cikgu.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...