Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sesi Persekolahan SPM 2021 Secara Bersemuka Tamat 9 Februari Ini

1,423

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tahun 2020 akan berakhir pada 9 Februari ini.

Sebelum itu, untuk melengkapkan ulangkaji, pelajar calon SPM boleh mendapatkan bahan pendidikan secara percuma melalui SPMflix secara online sahaja.

Rujuk: Bahan Pendidikan Percuma Pelajar SPM di SPMflix

Jadi, dengan masa yang masih berbaki sebelum peperiksaan bermula 22 Februari ini, para pelajar boleh membuat ulangkaji secara kendiri di rumah masing-masing.

TARIKH SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA CALON SPM & SPMV BERAKHIR

Tarikh sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon peperiksaan SPM dan SVM tahun 2020 akan berakhir pada:

  • 9 Februari 2021

PELAJAR ASRAMA KEKAL DI ASRAMA

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, pelajar yang tinggal di asrama sekolah perlu kekal berada di asrama.

Pengecualian diberi kepada pelajar yang ingin menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, yang dibenarkan pulang selepas sesi persekolahan 9 Februari ini.

Namun, kebenaran ini tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

PENGASINGAN PELAJAR YANG KEMBALI KE ASRAMA

Bagi pelajar yang kembali ke asrama selepas sambutan Tahun Baru Cina, para pelajar akan:

  • Diasingkan selama 10 hari di asrama, sebagai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
  • Mereka akan mengambil peperiksaan di bilik khas dalam tempoh tersebut.

TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BERHAMPIRAN

Manakala bagi pelajar yang di rumah dibenarkan:

  • Menduduki peperiksaan sebagai calon menumpang di pusat peperiksaan berhampiran.
  • Ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 9 Februari 2021.
  • Pihak sekolah hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan lanjut dengan tujuan membolehkan urusan peperiksaan dilaksanakan dengan lancar.

KENYATAAN MEDIA

Sesi Persekolahan SPM 2021 Secara Bersemuka Tamat 9 Februari Ini

SLOT PROGRAM TV PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR SPM

Slot ini memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

Slot Program TV Pendidikan Di Didik TV@NTV7 Ditambah KPM Khas Untuk Calon SPM

Dapatkan info lengkap di: Slot Program TV Pendidikan Di Didik TV@NTV7 Ditambah KPM Khas Untuk Calon SPM

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...