Untungnya usahawan mikro di negeri Pulau Pinang kerana bakal menerima set komputer untuk membantu mereka memasarkan produk secara online.
Pemasaran produk secara online adalah satu cara yang sangat sesuai dengan keadaan sekarang kerana pelanggan lebih selesa membeli barang secara online kerana ianya lebih mudah dan dapat mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.
350 SET KOMPUTER KEPADA USAHAWAN MIKRO PULAU PINANG
Isi Kandungan
Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa sebanyak 350 set komputer yakan disumbangkan kepada usahawan mikro terpilih untuk menggantikan unit pemprosesan komputer (CPU) dan digantikan dengan Ruggedized Next Unit of Computing (NCU).
Bantuan ini juga menyasarkan usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM320,950.
SYARAT KELAYAKAN SET KOMPUTER USAHAWAN MIKRO PULAU PINANG
Antara syarat kelayakan untuk menerima set komputer usahawan mikro Pulau Pinang ini selain terjejas pendapatan akibat Covid-19 ialah:
- Rakyat negeri Pulau Pinang.
- Mendaftar sebagai pengundi Pulau PInang.
- Menjalankan perniagaan sekurangya 3 bulan.
INISIATIF SET KOMPUTER USAHAWAN MIKRO PULAU PINANG
Bantuan ini adalah satu inisiatif Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Usahawan dan lanjutan daripada program sebelum ini yang memanfaatkan 1,300 usahawan di Pulau Pinang.
Usahawan akan dikenal pasti melalui:
- Pejabat daerah
- Pejabat parlimen
- Penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
- Agensi lain yang berkaitan
Ini adalah kerana bantuan dan kemudahan yang diberikan adalah terhad iaitu sebanyak 350 set komputer sahaja.
Badan korporat serta pihak yang lain juga dialu-alukan untuk membantu usahawan mikro Pulau Pinang untuk meneruskan perniagaan masing-masing.
CARA MEMOHON SET KOMPUTER USAHAWAN MIKRO PULAU PINANG
Untuk membuat permohonan, anda boleh memuat turun borang permohonan disini:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.