Selepas ini anda semua tidak lagi boleh memilih kurier penghantaran ketika membuat pembelian di Shopee.
Shopee juga telah memaklumkan bahawa perkara ini akan bermula mulai 17 Jun 2021 dan pemilihan kurier penghantaran adalah secara automatik oleh sistem yang akan dikemaskini.
Mengapa Shopee mengambil langkah ini? Ini adalah kerana ia akan meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik Shopee itu sendiri.
Baca juga: Cara Kembalikan Duit Refund Kepada Penjual Di Shopee. Ikut Tutorial Ini
PILIHAN TERKINI KURIER PENGHANTARAN SHOPEE
Isi Kandungan
Menurut Shopee, pilihan terkini kurier penghantaran bermula 17 Jun 2021 adalah seperti berikut:
- Standard Delivery: Shopee Xpress, Pos Laju, DHL, J&T , Ninjavan, Citylink Express dan The Lorry.
- Economy Delivery: Shopee Xpress( Sea Shipping)
- Lain-lain: Diruskan oleh mana-mana penyedia logistik selain yang dimaklumkan di atas
PERBEZAAN PAPARAN TERKINI & PAPARAN BARU
Berikut adalah perbezaan paparan terkini dan paparan baru pemilihan kurier penghantaran secara automatik:
PAPARAN TERKINI PEMBELI DI SHOPEE PADA 17 JUN
Selepas ini pembeli di Shopee akan melihat paparan ini pada bahagian kurier penghantaran:
Secara tidak langsung juga, Shopee mempromosikan perkhidmatan logistik Shopee Express atau dinamakan Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi, selain turut menghilangkan jenama lain daripada dipaparkan dimata pengguna.
MANFAAT JENIS PERKHIDMATAN STANDARD SHOPEE
Antara manfaat sistem baru Shopee ini ialah:
Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.