Sijil Pengajian Islam (Program Persijilan MAINS) Pengambilan Ogos 2021. Daftar Disini

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mempelawa saudara Muslim, Mualaf dan Anak Mualaf untuk untuk mendaftar dalam Sijil Pengajian Islam Selama 3 Semester di Kompleks As-Sa’dah, Seremban Negeri Sembilan.

Sijil Pengajian Islam ini merupakan salah satu Program Persijilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk pengambilan bagi bulan Ogos 2021.

Dapatkan cara untuk membuat pendaftaran bagi Sijil Pengajian Islam, Program Persijilan MAINS melalui perkongsian ini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Buat permohonan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 11 Julai 2021

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasarab yang digalakkan untuk membuat permohonan Sijil Pengajian Islam, Program Persijilan MAINS untuk ambilan Ogos 2021 ialah:

  • Saudara Muslim
  • Mualaf
  • Anak Mualaf

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Boleh membaca dan menulis
  4. Memberi komitmen penuh sepanjang pengajian

KELEBIHAN PROGRAM PERSIJILAN MAINS

Kelebihan buat peserta yang mengikuti Program Persijilan MAINS ialah:

  • Tajaan yuran pengajian melalui dana zakat
  • Tajaan elaun sara diri & makanan
  • Kemudahan penginapan
  • Mempelajari asas agama & bahasa
  • Kelayakan MQA (dalam proses akreditasi).
  • Pelajar berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat diploma seperti di Kolej Darul Hikmah.

Baca juga: Permohonan Zakat Khas Covid-19 PKP 3.0 Negeri Sembilan. Mohon Sebelum 14 Jun 2021

KAEDAH PENDAFTARAN

Terdapat 2 kaedah pendaftaran iaitu:

ISI BORANG SECARA ONLINE

Sijil Pengajian Islam (Program Persijilan MAINS) Pengambilan Ogos 2021. Daftar Disini

Atau dengan membuat imbasan Kod QR pada poster berikut:

Sijil Pengajian Islam (Program Persijilan MAINS) Pengambilan Ogos 2021. Daftar Disini

Baca juga: Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3.0. Mohon Segera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Sijil Pengajian Islam, Program Persijilan MAINS untuk ambilan Ogos 2021 di talian:

  • 06- 763 7916/011-1650 1452
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.