Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem Maid Online (SMO)

2,115

Anda yang ingin dapatkan pembantu rumah asing tidak perlu menggunakan agen sebaliknya anda boleh membuat permohonan secara online sahaja iaitu dengan menggunakan Sistem Maid Online (SMO) yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 1 Januari 2018 lagi.

Majikan hanya perlu melayari laman web yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia melalui portal yang disediakan dan hanya terdapat beberapa negara sahaja yang dibenarkan warganegaranya untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Untuk pengetahuan anda juga, program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sahaja. Seterusnya dapatkan cara untuk membuat permohonan pembantu rumah melalui perkongsian ini.

9 BUAH NEGARA SUMBER WARGANEGARA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH ASING

Antara negara yang membenarkan warganegaranya bekerja sebagai pembantu rumah asing ialah:

  1. India
  2. Laos
  3. Vietnam
  4. Kemboja
  5. Filipina
  6. Thailand
  7. Indonesia
  8. Sri Lanka
  9. Nepal

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MELALUI SISTEM MAID ONLINE (SMO)

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan Pembantu Rumah Asing melalui Sistem Maid Online (SMO):

KELAYAKAN ISI RUMAH MAJIKAN UNTUK PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH ASING

Kriteria kelayakan isi rumah majikan untuk melayakkan mereka mengambil pembantu rumah asing ialah:

NO NEGARA PENDAPATAN MAJIKAN
1 Indonesia RM 3,000.00
2 Filipina RM 5,000.00
3 Sri Lanka RM 5,000.00
4 Thailand RM 3,000.00
5 Kemboja RM 3,000.00
6 India RM 5,000.00
7 Laos RM 3,000.00
8 Vietnam RM 3,000.00
9 Nepal RM 5,000.00

SYARAT PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MELALUI SISTEM MAID ONLINE (SMO)

Antara syarat permohonan PRA melalui Sistem Maid Online (SMO) ialah:

  • Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
  • Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
    – Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)
    – Anak kelainan upaya (tiada had umur)
    – Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur
    – Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau
    – Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)
  • Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.
  • Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.
  • Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber).
  • Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.
  • Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.
  • Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA.
  • Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.
  • Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja.
  • Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
  • Majikan juga hendaklah mengambil Polisi Insuran untuk menggajikan PRA dimana polis tersebut mestilah merangkumi aspek kemalangan, kematian dan rawatan perubatan.

Namun majikan yang mempunyai ciri-ciri berikut TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan pembantu rumah asing:

  • Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.
  • Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja.
  • Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH ASING

Pembantu Rumah Asing (PRA) juga dikenakan syarat seperti berikut:

  • Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan
  • Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan sahaja.
  • Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan
  • Bakal PRA telah melepasi pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).
  • Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.

KOS PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING MELALUI SMO

Kos permohonan adalah seperti berikut:

Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem Maid Online (SMO)

Bayaran MEV dan SEV mengikut negara:

Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem Maid Online (SMO)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh rujuk terus ke Call Centre Unit Pembantu Rumah Asing melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...