Guna Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) Untuk Check Bayaran Bantuan Zakat MAIK. Lebih Mudah & Efektif!

Dah lama tak check bantuan zakat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Rasa malas pula nak pergi ke sana!

Tak perlu dah pergi ke kaunter MAIK untuk check bantuan zakat anda kerana semauanya dihujung jari sahaja.

Anda semua dah boleh buat semakan bayaran bantuan MAIK secara online sahaja melalui Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) je. Ini caranya.

SISTEM SEMAKAN BANTUAN ASNAF (SSBA) MAIK

MAIK telah menaiktaraf kemudahan untuk membuat semakan rekod bantuan penerima bantuan zakat melalui Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA).

Untuk pengetahuan anda juga, SSBA ini hanya digunakan untuk semakan bantuan secara one-off sahaja.

Ia juga merupakan satu inovasi sebagai alternatif ain kepada pemohon bantuan zakat MAIK untuk menyemak status permohonan bantuan mereka. Selain menjimatkan kos dan masa, ia juga mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BANTUAN ASNAF (SSBA) MAIK

Hanya terdapat 5 langkah untuk membuat semakan Bantuan Zakat Asnaf MAIK seperti berikut:

Guna Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) Untuk Check Bayaran Bantuan Zakat MAIK. Lebih Mudah & Efektif!

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak pada bahagian bawah.
  • Nak dapat info lebih lanjut? Klik Keterangan Lanjut untuk semakan yang lebih lanjut.
  • Akhir sekali klik Kembali Ke Utama untuk keluar ke halaman utama jika anda ingin meneruskan urusan yang lain.

Kalau bayaran bantuan zakat MAIK dah masuk, alhamdulillah. Jika belum, tunggu sebentar. Pembayaran bantuan akan dimasukkan ke akaun anda ya!

Guna Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) Untuk Check Bayaran Bantuan Zakat MAIK. Lebih Mudah & Efektif!

Selain daripada semakan bantuan zakat MAIK, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh membuat semakan tarikh bayaran bantuan pada pautan ini:

Senang, kan?Tak perlu ke kaunter dan check guna telefon bimbit pun boleh! Manfaatkan teknologi ke arah kebaikan dan sebarkan pada rakan-rakan yang lain ya!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA), sila hubungi MAIK di saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.