Memahami masalah yang dihadapi oleh semua golongan yang berpendapatan rendah, Zakat Pulau Pinang (ZPP) membuka semula Skim Bantuan Khas Covid-19 kepada golongan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ZZP, Amran Hazali berkata permohonan dibuat pemandu bas dan pekerja kantin yang pendapatan mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mengambil tempoh yang singkat untuk proses kelulusan.
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN
Isi Kandungan
Zakat Pulau Pinang (ZPP) juga memberi jaminan proses kelulusan hanya mengambil masa selama:
- 1 hingga 2 minggu sekiranya dokumen yang diberikan lengkap.
BANTUAN DIPERLUAS KEPADAPEMANDU BAS D& PEKERJA KANTIN
Walaupun pemandu bas dan pekerja kantin tiada dalam senarai bantuan sebelum ini namun golongan itu tidak sesekali diabaikan pihaknya sebaliknya akan membantu selagi boleh.
“ZPP sebelum ini mewujudkan Skim Bantuan Khas Covid-19 fasa satu dan dua bagi membantu golongan peniaga kecil, penjaja serta asnaf yang terjejas ekoran wabak berkenaan.
“Kali ini apabila dilaksanakan PKPB susulan Covid-19 gelombang ketiga kita dapati pemandu bas dan pekerja kantin sekolah amat memerlukan bantuan yang mana kita akan membantu mereka.”
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 ZPP
Pemandu bas dan pekerja kantin di negeri ini boleh mendapatkan borang permohonan di :
- 7 kaunter ZPP kecuali di Masjid Negeri Pulau Pinang berikutan ia ditutup sementara waktu.
- Operasi di tujuh kaunter itu berjalan seperti biasa dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Jadi, diharap dengan bantuan yang disalurkan oleh ZPP kepada golongan pemandu bas dan pekerja kantin ini benar-benar memberi bantuan kepada mereka.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
- Zakat Pulau Pinang, MAINPP
No.4 Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. - Telefon: 04-549 8088 / 1 300 88 8808 (Hotline)
- Faks: 04 530 6466
- Emel: [email protected]
- Facebook: www.facebook.com/zakatpenang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.