Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Bantuan Persekolahan MAIPk 2021. Semak Syarat Dan Mohon Disini

1,279

Anak-anak yang tergolong dalam golongan asnaf Fakir dan Miskin dipelawa oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk menerima Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2021.

Ia bertujuan untuk membantu golongan ini bersekolah dengan selesa dan mendapat pendidikan dengan sempurna seperti mana orang lain.

Selain itu, ia adalah untuk membantu anak-anak ini meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik melalui pendidikan yang mana mereka selepas ini akan mendapat pekerjaan yang lebih baik selepas meneruskan pengajian yang lebih tinggi.

SYARAT KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN BANTUAN SEKOLAH MAIPk 2021

Semak dahulu syarat kelayakn umum bagi permohonan Bantuan Sekolah MAIPk 2021 seperti berikut:

  • Pemohon / Penerima beragama Islam.
  • Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
  • Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  • Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN & KAEDAH BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 MAIPk

Anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

  • Bagi permohonan bantuan kali pertama/bertukar sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga / penjaga atas nama pelajar.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada pihak sekolah (guru besar / pengetua).
  • Borang Skim Bantuan Persekolahan MAIPk ini boleh didapati melalui :Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
    Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak

Permohonan yang berjaya akan dibayar terus kepada sekolah murid tersebut.

BORANG PERMOHONAN BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 MAIPk

Anda boleh dapatkan borang permohonan Bantuan Persekolahan 2021 MAIPk di pautan berikut:

Skim Bantuan Persekolahan MAIPk 2021. Semak Syarat Dan Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...