Cara Mohon Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS), Semak Kelayakan Disini

Anak-anak anggota tentera yang memerlukan sedikit sumbangan untuk persekolahan dipelawa untuk memohon Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) mengikut syarat yang ditetapkan.

Pastikan anda mengikuti syarat kelayakan yang ditetapkan dan buat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan adalah secara manual dan pastikan anda memuat turun borang permohonan yang dikongsikan ini.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan seperti tarikh berikut:

  • Tarikh buka permohonan: 24 Januari 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2022

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  • Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
  • Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).

CARA MOHON SKIM DERMASISWA KOPERASI TENTERA (DERMS)

Permohonan adalah secara manual sahaja. Langkah-langkah permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) adalah seperti berikut:

Cara Mohon Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS), Semak Kelayakan Disini

  • Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (DERMS 2022).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Bayaran dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini. Pastikan akaun tersebut masih aktif.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk memudahkan proses-proses permohonan anda:

1. PEMOHON (ANGGOTA KT)

  • MyTentera (Anggota ATM)
  • MyKad (Awam/Pesara)
  • Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  • Penyata Pencen Terkini/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri

2. PELAJAR (ANAK)

  • Mykad Pelajar
  • Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2021
  • Salinan Akaun Bank

Cara Mohon Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS), Semak Kelayakan Disini

Pelajar sekolah di negeri Selangor yang memerlukan bantuan peralatan sekolah, dipelawa untuk membuat tebusan bantuan sekolah mulai 13 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Nak buat tebusan bantuan sekolah Lembaga Zakat Selangor? Semak dahulu disini ya!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Ada pertanyaan? Sila ajukan pertanyaan anda dengan menghubungi Koperasi Tentera di taliian berikut:

  • 1-300-8000-58

Atau;

  • Hadir ke cawangan Koperasi Tentera yang berhampiran dengan anda.
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.