Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perlukan Rumah Yang Lebih Selesa? Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang Bantu Anda Dengan Kos Sehingga RM18,000

1,565

Ramai antara kita yang memerlukan kediaman yang lebih selesa walaupun hanya sederhana.

Antara mereka yang memerlukan adalah seperti asnaf fakir dan miskin untuk membaiki rumah yang rosak serta daif agar kediaman yang didiami lebih selesa dan sempurna.

Semak syarat yang ditetapkan dan mohon Skim Inapan Kasih melalui Zakat Pulau Pinang dengan segera. pastikan rumah anda selesa dan lebih sempurna untuk didiami seisi keluarga.

Baca juga: 6 Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang Secara Online. Rujuk Disini

TUJUAN SKIM INAPAN KASIH

Skim Inapan Kasih adalah bertujuan untuk:

  • Membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin menampung kos membaiki rumah yang rosak dan daif seterusnya menyediakan ruang kediaman yang lebih sempurna.

Perlukan Rumah Yang Lebih Selesa? Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang Bantu Anda Dengan Kos Sehingga RM18,000

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan Skim Inapan Kasih yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Bantuan Baik Pulih Rumah

  • Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat. 
  • Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi :i.   Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang

    ii. Pemohon lahir di Pulau Pinang

    iii. Rumah yang diduduki pemohon mestilah hak milik sendiri.

     

  • Pemohon tidak memiliki rumah lain. 
  • Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM1,200.00 sebulan. 
  • Pemohon mestilah tinggal di atas tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah)daripada pemilik atau pemilik-pemilik tanah berkenaan yang diperakui oleh pesuruh jaya sumpah. 
  • Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah semua penama. 
  • Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti, pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak kariah. 
  • Rumah yang hendak dibaiki mestilah dimiliki pemohon dan merupakan tempat pemohon tinggal dan bukannya disewakan. 
  • Permohonan mestilah dikemukakan  bersama-sama dengan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah dan sebagainya.
  • Bagi kes rumah terbengkalai:i.  Sekiranya rumah tersebut di bina oleh pemaju perumahan, permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

    ii. Pembinaan rumah di luar kemampuan serta melebihi keperluan tidak akan dipertimbangkan

     

  • Bagi kes rumah pangsa, tanggung jawab pembaikan akan menjadi tanggung jawab pemaju. 
  • Had umur 35 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal. 
  • Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah) 
  • Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM250 sebulan tidak layak dipertimbangkan bantuan ini. 
  • Pemohon yang mampu melanggan astro / mempunyai alat penghawa dingin tidak layak dipertimbangkan. 
  • Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setempat. 
  • Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan pemohon yang telah memiliki rumah yang lain.

Bantuan Bina Rumah

  • Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat. 
  • Pemohon / isteri atau mana-mana ahli keluarga masih belum mempunyai rumah sendiri atau rumahnya yang sedia ada dalam keadaan yang terlalu daif. 
  • Pemohon hendaklah mengemukakan surat akuan bersumpah bagi mengesahkan yang beliau tidak mempunyai rumah lain. 
  • Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi :i. Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang

    ii. Pemohon lahir di Pulau Pinang

    iii. Rumah yang diduduki pemohon bukan hak milik sendiri.

     

  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tapak cadangan (tanah) yang berada di Pulau Pinang sahaja. 
  • Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM1,200.00 sebulan 
  • Pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah) daripada pemilik tanah berkenaan yang diperakui oleh pesuruh jaya sumpah. 
  • Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah semua penama. 
  • Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti, pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak kariah 
  • Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut :i.  Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim / daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah)

    ii. Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.

    iii. Salinan kad pengenalan tuan tanah

     

  • Bagi pemohon yang bekerja, penyata terkini KWSP perlulah disertakan. 
  • Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setempat. 
  • Had umur 40 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal. 
  • Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah) 
  • Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM250 sebulan tidak layak dipertimbangkan bantuan ini. 
  • Pemohon yang mampu melanggan astro / mempunyai alat penghawa dingin tidak layak dipertimbangkan. 
  • Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan pemohon yang telah memiliki rumah yang lain.

CARA MOHON SKIM INAPAN KASIH

Berikut adalah cara mohon Skim Inapan kasih mengikut kategori:

Bantuan Baik Pulih Rumah

1. Permohonan Skim Inapan Kasih mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut :

i.  Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim / daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah)

ii. Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.

iii. Salinan kad pengenalan tuan tanah

2. Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.

3. Siasatan akan dilakukan ke kediaman pemohon. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.

4. Bagi pembaikan yang melebihi kos RM18,000, keputusan akan dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Rumah.

5. Pembaikan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh ZAKAT PULAU PINANG.

Bantuan Bina Rumah

1. Permohonan Skim Inapan Kasih mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.

2. Siasatan akan dilakukan ke kediaman semasa pemohondan tapak rumah yang dicadangkan. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.

3. Dokumen permohonan yang memenuhi syarat kelayakan  akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Rumah ZAKAT PULAU PINANG untuk penelitian dan kelulusan.

4. Pembinaan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh ZAKAT PULAU PINANG.

Perlukan Rumah Yang Lebih Selesa? Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang Bantu Anda Dengan Kos Sehingga RM18,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Zakat Pulau Pinang di taian berikut:

  • Telefon : 604-5498088
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...