Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

1,819

Seperti yang kita semua tahu, apa sahaja bantuan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia pastinya mempunyai Skim Khairat Kematian untuk kemudahan pada penerimanya.

Berapakah jumlah bayaran untuk Skim Khairat Kematian BKM Tahun 2022 yang bakal diterima oleh waris yang layak?

Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh waris untuk membuat tuntutan khairat kematian sekiranya penerima BKM telah meninggal dunia?

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Sudah maklum bahawa orang ramai boleh membuat permohonan dan mengemaskini maklumat masing-masing mulai:

  • 1 Januari 2022 dan akan berakhir pada 31 Januari 2022

Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

CARA MOHON BKM

Permohonan secara online di pautan berikut:

Rujuk: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

Untuk makluman anda juga, terdapat 2 kaedah untuk permohonan BKM dan rujuk kaedah permohonan melalui pautan berikut:

JUMLAH KHAIRAT KEMATIAN BKM

Waris yang layak akan menerima jumlah tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak:

  • RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)

SIAPA YANG LAYAK TERIMA KHAIRAT KEMATIAN BKM?

Siapa yang layak terima dan membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BKM?

  • Penerima BKM yang meninggal dunia antara 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
  • Penerima BKM Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada pasangan sahaja:
    a) Kahwin
    b) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda mempunyai anak
    c) Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

Mereka yang layak membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BKM ialah:

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak
  5. Adik-Beradik
  6. Cucu

CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM

Untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BKM, waris perlu hadir ke:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat bersama-sama dokumen sokongan* yang diperlukan

* Sila rujuk senarai dokumen sokongan di bawah

DOKUMEN SOKONGAN

Apa yang penting disini, anda perlu membawa dokumen sokongan berikut untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK BKM):

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil

Diharap info ini dapat membantu anda dan sebarang pertanyaan mengenai Skim Khairat Kematian (SKK BKM), sila ajukan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...