Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK). Semak Syarat Kelayakan Dahulu

978

Pandemik Covid-19 benar-benar memberikan kesan kepada semua lapisan masyarakat termasuk kontraktor di seluruh negara. Ada yang terpaksa menjual semua aset yang ada untuk memberikan gaji kepada pekerja dan melunaskan hutang pembelian bekalan akibat ketiadaan projek akibat pandemik ini.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MEDAC) berbesar hati menawarkan  bantuan wang pendahuluan untuk memulakan kerja kontrak atau Inden kerja untuk memohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK).

Dapatkan cara untuk memohon bantuan ini serta semak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi setiap kontraktor melalui perkongsian ini.

Baca juga: MARA: 13 Senarai Bantuan / Pinjaman Perniagaan. Semak Syarat Permohonan Disini

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTAKTOR (SKWAK)

Anda boleh membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan syaratnya adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan kontraktor Gred G1 hingga G5 yang berdaftar dengan CIDB.
  • Pemohon memiliki Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih aktif.
  • Pemohon melaksanakan projek bernilai tidak melebihi RM5.0 juta.
  • Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
  • Bagi kontraktor Gred G2 hingga G5, mereka perlu menerima SST daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai kerja yang tertakluk kepada had nilai menender.
  • Bagi kontraktor Untuk Gred G1, mereka perlu menerima inden kerja daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai bagi satu-satu kerja hendaklah lebih daripada RM100,000.00 dan tempoh siap kerja hendaklah tidak kurang daripada 8 minggu.
  • Pemohon tidak menerima wang pendahuluan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.
  • Subkontraktor adalah tidak layak memohon, kecuali subkontraktor yang dinamakan (NSC).
  • Pemohon mempunyai rekod kerja yang baik serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.

SYARAT PINJAMAN SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTAKTOR (SKWAK)

Untuk pinjaman pula, syarat pinjaman SKWAK yang perlu dipenuhi ialah:

  • Permohonan yang diluluskan layak menerima pinjaman sebanyak 25% daripada Nilai Kerja Pembina atau Nilai Inden.
  • Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
  • Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa.
  • Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.
  • Sekurang-kurangnya 30% nilai pinjaman diagihkan kepada pembekal Bumiputera.

CARA MOHON SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTAKTOR (SKWAK)

Sekiranya berminat untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Isikan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan tepat.
  • Seterusnya hantar borang permohonan anda bersama dokumen sokongan yang diminta ke Pejabat Cawangan PKK Negeri.

Cara Mohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK). Semak Syarat Kelayakan Dahulu

BORANG PERMOHONAN SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTAKTOR (SKWAK)

Anda boleh download borang permohonan seperi di bawah atau di pautan berikut:

KONTRAKTOR G1

BORANG PERMOHONAN

KONTRAKTOR G2-G5

BORANG PERMOHONAN

DOKUMEN SOKONGAN

  • Borang permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi.
  • Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan atau Inden Kerja.
  • Ringkasan tender.
  • Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian; atau Borang 24, Borang 29, 44 jika urus niaga jenis Sdn. Bhd.).
  • Borang Pendaftaran Syarikat SSM (Borang D untuk milikan tunggal; Borang 9 untuk jenis Sdn. Bhd).
  • Sijil Pendaftaran Kontraktor dari CIDB.
  • Sijil Taraf Bumiputera dari PKK.
  • Carta organisasi syarikat dan lampiran tapak projek yang telah diluluskan oleh JKR.
  • Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir.
  • Salinan penyata akaun tahunan syarikat yang terkini setelah diaudit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
  • Membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pemohon tidak ada menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK), sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...