Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim MyJob@WilayahPrihatin Sediakan 1,000 Jawatan & Gaji Minima RM2,000 Kepada Penganggur Juga Belia

7,637

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah memperkenalkan Skim MyJob@Wilayah di bawah Wilayah Cakna dan ianya bakal memberi manfaat pekerjaan untuk kira-kira 1,000 orang graduan muda terutamanya.

Para graduan muda ini akan didedahkan dalam industri binaan di bawah Skim MyJob@Wilayah dengan tujuan menyediakan peluang pekerjaan sementara kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Jadi, jom ambil peluang yang ada ini dan jangan tunggu lama lagi kerana peluang yang datang tidak akan datang berkali-kali.

30 PEMAJU TERLIBAT SKIM MYJOB@WILAYAHPRIHATIN

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di akaun Twitternya memaklumkan sebanyak 30 pemaju akan terlibat dalam usaha berkenaan.

Antara pemaju yang terlibat ialah:

  • MRCB Berhad
  • JL99 Sdn Bhd
  • Mah Sing
  • Platinum Victory
  • Ekovest Sdn Bhd
  • Binastra Sdn Bhd

Pemaju yang baru mendapat Kelulusan Pelan Pembangunan (DO) akan di beri insentif tertentu dengan syarat antara lain mereka mesti mengambil anak muda profesional khasnya graduan muda menganggur.

Skim MyJob@WilayahPrihatin Sediakan 1,000 Jawatan & Gaji Minima RM2,000 Kepada Penganggur Juga Belia

6 BIDANG PEKERJAAN DITAWARKAN

Walaupun baru dilancarkan pada Julai lepas di bawah pelan Wilayah Prihatin, skim ini menawarkan lima lagi bidang pekerjaan selain pembinaan iaitu:

  • Perkhidmatan
  • Penyelenggaraan
  • Pembersihan
  • Pembuatan
  • Pembungkusan

Skim MyJob@WilayahPrihatin Sediakan 1,000 Jawatan & Gaji Minima RM2,000 Kepada Penganggur Juga Belia

GAJI MINIMUM & TEMPOH PERKHIDMATAN

Para graduan muda ini akan menerima gaji sebanyak:

  • RM2,000

Tempoh perkhidmatan yang ditawarkan pula ialah selama:

  • Sekurang-kurangnya 2 tahun

Setakat September 2020 sebanyak 653 jawatan telah ditawarkan.

4 SKIM BAWAH PELAN WILAYAH PRIHATIN

Selain skim tersebut, pelan Wilayah Prihatin juga merangkumi skim seperti berikut:

  • MYSchoolBus@Wilayah
  • MYFood@Wilayah
  • MYGrocer@Wilayah
  • MYMedic@Wilayah

Skim tersebut juga selaras dengan inisiatif Wilayah Cakna yang diperkenalkan KWP bagi membantu golongan sasar termasuk penghuni PPR yang melibatkan kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan syarikat swasta seperti Top Glove.

Inisiatif MyJob@Wilayah dilaksanakan bagi memberikan pekerjaan kepada warga kota khususnya graduan muda yang menganggur serta golongan belia dan lebih 500 kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telahpun diisi melalui inisiatif tersebut.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...