Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pembantu Perangkaan E19, Confirm Dapat Kalau Buat Persiapan Ini
Ada calon yang lulus peperiksaan jawatan Pembantu Perangkaan E19 dan ingin buat persiapan untuk menghadapi temuduga yang akan datang.
Apakah contoh-contoh soalan yang sering ditanya semasa temuduga bagi jawatan Pembantu Perangkaan E19?
Sebelum itu, dapatkan dahulu info berkaitan jawatan Pembantu Perangkaan E19 kerana ia merupakan soalan yang sangat popular ditanya oleh panel penemuduga.
INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU PERANGKAAN E19
Isi Kandungan
Kalau anda nak tahu, soalan mengenai jawatan Pembantu Perangkaan E19 sering ditanya oleh penemuduga tau!
Dapatkan info mengenai jawatan Pembantu Perangkaan E19 seperti berikut:
- Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Jabatan Perangkaan Malaysia
- Gaji Minimum: RM1,353.00
- Gaji Maksimum: RM4,005.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
SYARAT LANTIKAN
Syarat-syarat lantikan untuk jawatan ini ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
CONTOH SOALAN PEMBANTU PERANGKAAN E19
Menurut calon sebelum ini, antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga ialah:
- Perkenalkan diri anda.
- Mengapa mohon jawatan ini sedangkan gred jawatan sebelum ini lebih kurang sama/lebih tinggi? (Jika permohonan dalam perkhidmatan).
- Huraikan tugas-tugas sebagai Pembantu Perangkaan E19.
- Semasa membanci, orang dalam rumah tak nak berikan kerjasama, apa yang anda perlu buat?
- Terangkan mengenai sasaran penduduk Tahun 2040.
- Berapakah sepatutnya bilangan anak bagi sesebuah keluarga mengikut sasaran keluarga?
- Semasa banci penduduk, dah masukkan dalam sistem, tiba-tiba esoknya ada orang beranak atau mati. Jadi macam mana keputusan banci anda sebelum itu?
- Sanggupkah anda kalau kena posting jauh-jauh termasuk Sabah dan Sarawak?
- Adakah anda mempunyai apa-apa soalan?
TOPIK PERLU DIBACA
Apa yang penting disini, baca topik-topik yang mungkin ditanya melalui laman web seperti berikut:
Jadi, dapatkan seberapa banyak maklumat yang mungkin di laman-laman web yang dikongsikan ini kerana kebanyakan jawapan bagi soalan-soalan diatas akan ditanya berdasarkan maklumat yang ada pasa laman tersebut.
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Bagi yang belum mendaftar kerja di laman SPA9, boleh buat pendaftaran di pautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.