Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perayaan Thaipusam 18 Januari 2022. Ini SOP Yang Digariskan MKN

665

Tak lama lagi, mereka yang beragama Hindu akan merayakan perayaan Thaipusam iaitu pada 18 Januari 2022.

Tiada masalah untuk menyambut perayaan Thaipusam tetapi Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan SOP perayaan dan ia perlu dipatuhi oleh mereka yang menyambutnya.

Apakah SOP sambutan perayaan Thaipusam yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)? Rujuk disini.

TARIKH PERAYAAN THAIPUSAM

Tarikh perayaan Thaipusam yang akan disambut oleh mereka yang menyambutnya adalah pada:

  • 18 Januari 2022 / Selasa

APA ITU THAIPUSAM?

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Ia merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Para penganut Hindu Tamil akan membayar nazar mereka yang tertunai dan menyucikan diri daripada dosa dengan pelbagai cara, bermula dengan berpuasa selama 48 hari.

Setelah itu, ada yang membawa susu, mencukur rambut dan yang menjadi identiti terbesar perayaan itu iaitu membawa kavadi dan mencucuk anggota badan dengan besi dan cangkuk berbeban.

 

Perayaan Thaipusam 18 Januari 2022. Ini SOP Yang Digariskan MKN

SOP PERAYAAN THAIPUSAM

Perayaan Thaipusam boleh disambut tetapi aktiviti yang dibenarkan mestilah mengikut SOP yang ditetapkan. kuil yang dikesan mempunyai kes Covid-19 akan diarah batal sebarang upacara.

Aktiviti Dibenarkan

1. Upacara Paal Koodam/Junjung Belanga

  • 30 minit setiap sesi diikuti kerja sanitasi
  • Pembawa Paal Koodam wajib daftar dengan pihak pengurusan kuil dan pakai tag disediakan
  • Jumlah kehadiran berbeza mengikut kuil:

    a) Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, Selangor: Maksimum 100 orang
    b) Kuil Arulmigu Balathandayuthabani & Kuil Nagarathar Thandayuthapani George Town Pulau Pinang: Maksimum 50 orang
    c) Lain-lain kuil: Maksimum 30 orang

2. Upacara Sembahyang

  • 12 sesi pada 16,17 dan 19 Januari 2022: 5 pagi – 5 petang
  • 18 sesi pada 18 Januari: 5 pagi – 11 malam
  • Di kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, maksimum 6,000 orang setiap hari
  • Setiap sesi 30 minit diikuti proses sanitasi
  • Jumlah setiap sesi maksimum 500 orang

3. Pergerakan Pedati/Chariot

  • Hanya ahli pengurusan kuil dibenar iring pedati
  • Wajib daftar dengan pihak pengurusan kuil bagi dapat tag kebenaran
  • Dapatkan kelulusan pihak PDRM

4. Gerai Jualan

  • Hanya gerai jualan kekal di bawah pengurusan kuil dibenar beroperasi.

Aktiviti mencukur rambut dibenarkan dengan pematuhan SOP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut dibenarkan ialah upacara mandi ritual di tempat yang disediakan oleh pihak pengurusan kuil.

Manakala, perjalanan dan pergerakan kereta berhala pula perlu mendapat kelulusan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

AKTIVITI TIDAK DIBENARKAN

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan ialah:

  • Acara kavadi
  • Sumbangan makanan dan minuman percuma (Thanir Phandal dan Anamthanam)
  • Gerai jualan sementara berbentuk promosi atau jualan di dalam/luar kawasan kuil

Perayaan Thaipusam 18 Januari 2022. Ini SOP Yang Digariskan MKN

Ingat tu, sambut perayaan Thaipusam dengan mengikut SOP yang ditetapkan ya! Kita jaga kita.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...