Mungkin orang ramai terus menerus menyerbu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyerahkan dokumen semasa permohonan kerana tidak tahu cara untuk upload dokumen BPR 2021 tersebut. Sebenarnya anda boleh upload terus secara online dan tidak perlu hadir ke pejabat LHDN dan bersesak di sana.
Sekiranya anda membaca SOP terkini yang dikeluarkan oleh MKN, pastinya anda akan fikir berulang kali untuk hadir ke LHDN.
Bagi anda yang ingin tahu bayaran Interim iSinar pula, bertenang. Anda check sahaja status bayaran secara online melalui portal iSinar atau iAkaun KWSP sahaja.
Apakah SOP terkini PKP sehingga 4 Februari nanti? Jom semak disini.
SOP TERKINI PKP SEHINGGA 4 FEBRUARI 2021
Isi Kandungan
Antara SOP terkini sehingga 4 Februari 2021 ini adalah melibatkan waktu operasi kedai makan, pasar harian dan pasar tani, pasar borong serta stesen minyak.
Rujuk gambar dibawah untuk dapatkan waktu operasi sepanjang PKP sehingga 4 Februari ini.
AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN
Antara aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang PKP sehingga 4 Februari ini ialah:
- Aktiviti di kelab malam atau pub.
- Aktiviti di taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang.
- Aktiviti konsert atau acara langsung.Mesyuarat
- Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta TIDAK DIBENARKAN.
- Semua Seminar/ Bengkel / Kursus/ Latihan/ Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) TIDAK DIBENARKAN.
- Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta
- Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
- Semua aktiviti sukan dan riadah kecuali kelonggaran aktiviti jogging dan berbasikal seperti yang telah dinyatakan di dalam SOP.
- Aktiviti penganjuran kejohananpertandingan.
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
- Acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.
- Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD
- Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.
- Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
- Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Anda juga boleh rujuk SOP yang lengkap disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.