Suami Sila Gembirakan Isteri Anda, Hadiahkan Thermomix Ini Kepada Mereka.

Apa Itu Thermomix?

Bila kedengaran perkataan Thermomix masing-masing bertanya antara satu sama lain. Virus baru ke Thermomix tu? Nama ubat atau vaksin untuk Covid-19 ke?

Tetapi sebenarnya ia sememangnya sejenis ‘virus’ baru buat si suami dan merupakan satu ‘vaksin’ atau ‘ubat’ buat si isteri.

Thermomix ini bagaikan sebuah robot yang akan membantu si isteri terutamanya untuk memasak di dapur.

Jadi kalau suami beli Thermomix ini buat isteri, pasti isteri anda akan tersenyum lebar sepanjang hari.

thermomix2

Suami Tepuk Dahi, Isteri Senyum Lebar

Mengapa jadi begitu pula? Ini disebabkan kerana harga bagi satu unit Thermomix adalah berjumlah RM7188 (mengikut harga terkini di Malaysia). Wah! Suami sudah boleh buat deposit beli superbike dengan harga ini.

stresshappy

50,000 Resepi Dengan Thermomix

Dikatakan dengan menggunakan Thermomix ini, anda boleh memasak sehingga 50,000 jenis resepi. Pilih dan klik sahaja skrin untuk memilih resepi yang anda ingin masak.

Kelebihan Thermomix

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan Thremomix ini. Antara kelebihannya ialah :

  • Menjimatkan elektrik kerana dalam masa 2 jam ia digunakan. Anda akan jimat kos elektrik lebih kurang 30 sen kerana ianya menggunakan teknologi varoma ketika memasak.
  • Menjimatkan masa dan memudahkan kerana anda hanya perlu pilih resepi di skrin, masukkan bahan-bahan dan biarkan ia memasak untuk anda.
  • Dapur tak bersepah sebab Thermomix boleh ganti 20 alatan dapur yang lain.
  • Mempunyai pelbagai fungsi seperti mesin pengisar, pengukus, periuk nasi, fryer, penimbang bahan masakan, breadmaker, pembuat aiskrim, frapper, pengadun, juicer dan pelbagai lagi fungsi.
  • Mempunyai fungsi self-cleaning.

Jadi tidak hairan dengan kelebihan yang ada, ia dipanggil sebagai “Bibik Jerman” kerana ia didatangkan daripada Jerman dan boleh melakukan pelbagai tugas. Malahan ianya boleh disambungkan terus dengan telefon bimbit anda dan WIFI.

Kekurangan Thermomix

  • Kecil. Tak sesuai masak banyak untuk lebih 10 orang. Thermomix hanya sesuai untuk keluarga yang ada 10 orang ke bawah.
  • Harganya mahal. RM7188. Suami boleh beli game baru dengan harga ini dan tukar tayar sport rim baru kereta.
  • Tidak boleh potongkan sayur, gulungkan roti, kupas bawang dan siangkan ayam atau ikan.
  • Hanya digunakan untuk proses memasak sahaja.
  • Tidak boleh berfungsi sekiranya tiada elektrik dirumah. Perlu memasak secara tradisional menggunakan dapur gas seperti biasa.

thermomix1

Pembaziran

Namun begitu, kebanyakan netizen menyatakan membeli Thermomix ini adalah satu pembaziran kerana harganya yang terlalu mahal dan mereka lebih senang memilih untuk memasak secara biasa sahaja.

Duit yang ada seeloknya boleh disimpan di dalam bank, membeli barang kemas, pakaian dan bekalan makanan serta keperluan lain yang lebih penting dan berbaloi.

tak setuju1

tak setuju2

tak setuju3

Jika isteri anda tidak berminat untuk membeli Thermomix, anda boleh menarik nafas lega dan terus menabung duit ke dalam tabungan simpanan anda untuk masa hadapan.

barang kemas1

savings

Pilihan ditangan anda kerana ini adalah kehendak berbanding keperluan.

Takut juga beli mahal-mahal akhirnya ke kaca perhiasan juga akhirnya.

pameran

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.