Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara KPM 2021/2022

680

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua warganya termasuk pelajar di Institusi Pendidikan Guru, Matrikulasi dan Tingkatan Enam untuk menjadi Sukarelawan Bencana Banjir.

Penyertaan telah dibuka dan KPM sentiasa mengalu-alukan penyertaan semua warganya dalam memberikan khidmat bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Permohonan adalah secara online sahaja dan anda boleh membuat permohonan mulai sekarang!

SYARAT PERMOHONAN SUKARELAWAN KPM

Tiada syarat khas yang perlu dipenuhi sebaliknya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan:

  • Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Pelajar Institusi Pendidikan Guru
  • Pelajar Matrikulasi
  • Pelajar Kolej Tingkatan Enam

CARA MOHON SUKARELAWAN BANTUAN BENCANA GURU PEWARIS NEGARA KPM

Warga KPM yang ingin menyertai Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia 2021/2022 boleh membuat permohonan secara online dipautan berikut:

  • https://docs.google.com/forms/
  • Isikan maklumat pada borang permohonan penyertaan
  • Akhir sekali klik Submit untuk menghantar borang permohonan penyertaan anda.

Atau, anda boleh membuat permohonan penyertaan dengan membuat imbasan Kod QR pada poster dibawah sahaja.

Cara Mohon Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara KPM 2021/2022

BENTUK BANTUAN

Antara operasi bantuan bencana yang perlu dilakukan oleh Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia 2021/2022 adalah seperti berikut:

  • Pembersihan sekolah terjejas
  • Pembersihan sekolah sebagai Pusat Penempatan Sementara
  • Kediaman guru, pesara guru dan komuniti

AKTIVITI 55 SUKARELAWAN

Seramai 55 orang Sukarelawan Guru Pewaris Negara (GPN) turun membantu membersihkan beberapa buah rumah guru yang terjejas akibat bencana banjir.
Para sukarelawan membantu membersihkan enam buah rumah guru di sekitar Shah Alam dan Puchong yang melibatkan:

  1. Kampung Lanchong Jaya Baru
  2. Seksyen 17
  3. Seksyen 23
  4. Kampung Tengah Batu 13

Cara Mohon Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara KPM 2021/2022

Perhatian kepada mangsa banjir, jangan makan dan minum dahulu makana atau minuman yang ada dalam rumah anda.

Ikuti 7 tip yang dikongsikan ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit yang tidak diingini.

Mangsa yang kehilangan dokumen penting dalam banjir juga boleh membuat penggantian secara percuma sahaja dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...