Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkini! Ini Cara Mohon Guru DG41 One-Off Serta Semak Syarat Kelayakan Disini. Layak? Mohon Segera Melalui SPP!

3,705

7 Julai 2021 merupakan tarikh yang ditunggu oleh mereka yang ingin memohon jawatan Guru DG41 secara one-off seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak 18,702 jawatan kosong guru DG41 secara one-off telah dibuka untuk diidi kekosongannya oleh mereka yang layak dan dikhabarkan diberi keutamaan kepada graduan lepasan ijazah pendidikan.

Semak syarat kelayakan permohonan seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Baca juga: Jangan Lupa! 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

TARIKH PERMOHONAN GURU DG41 ONE OFF

Tarikh permohonan Guru DG41 One Off adalah bermula pada:

  • 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021(sebelum jam 11.59 malam).

Terkini! Ini Cara Mohon Guru DG41 One-Off Serta Semak Syarat Kelayakan Disini. Layak? Mohon Segera Melalui SPP!

SYARAT KELAYAKAN

Buat masa ini, keutamaan akan diberikan kepada:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon.
  • Graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.
  • Diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung graduan pendidikan

Anda juga boleh terus klik ke pautan berikut: https://www.spp.gov.my/hebahan

Nota: SPP menyarankan calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas tersebut

DOKUMEN SOKONGAN

Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :

a) Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;

b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;

c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Klik pautan ini : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
  • Isi permohonan baru dan tidak dibenarkan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang digunakan untuk log masuk ke JobsMalaysia sebelum ini.
  • Dapatkan MYID dan daftarkan akaun baru anda dengan menggunakan MYID sebelum mengisi permohonan dan klik DAFTAR BAHARU.
  • Seterusnya sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan masukkan KOD KESELAMATAN.
  • Klik DAFTAR dan klik DAFTAR MASUK untuk kemaskini maklumat anda.
  • Klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang telah dikemaskini.
    Masukkan JAWATAN DIMOHON, klik SIMPAN.
  • Klik bahagian PENGAKUAN PEMOHON, klik SAYA SETUJU dan klik HANTAR.
  • Paparan slip akan keluar seperti dibawah. Cetak slip ini dan simpan.

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja. Lihat Cara Daftar mySPP Disini

  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN dan lihat permohonan yang telah didaftarkan.
  • Permohonan anda selesai.

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja. Lihat Cara Daftar mySPP Disini

TEMUDUGA

Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.

Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

KENYATAAN MEDIA

Jangan Lupa! 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 One-Off, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...