Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syarat Kelayakan Permohonan Ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

0 930

Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat/kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Objektif Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.

Setiap tahun bahagian Matrikulasi akan membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi. Permohonan adalah melalui online. Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat semakan di laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM untuk melihat hebahan berkaitan.

Terdapat dua program yang disediakan di Matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Pelajar boleh pilih antara satu berdasarkan minat, kemampuan dan juga keputusan SPM anda. Pelajar digalakkan membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan bagi memudahkan urusan. Beberapa syarat telah ditetapkan oleh KPM sila pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu.

SYARAT KEMASUKAN KE MATRIKULASI

Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke kolej Matrikulasi. Pemohon dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila lihat jadual di bawah untuk rujukan syarat kemasukan:

Kolej Matrikulasi
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan Matrikulasi terkini. Pemohon mestilah menggunakan keputusan SPM tahun sebelumnya untuk mengemukakan permohonan Matrikulasi semasa.
Syarat Umur
  • Tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari.
Syarat Kelayakan Akademik Mengikut Jurusan
Pemohon wajib mengambil matapelajaran yang disyaratkan seperti di bawah mengikut setiap jurusan yang ingin dipilih
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:-
  • Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal// Pengajian Kejuruteraan Elekttrik & Elektronikk/
  • Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertannian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/
  • Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komuniikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
  • Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/
  • Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan
  • Jurusan Perakaunan Profesional
  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:-
  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/
  • Sains Pertanian/ Pertanian// Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta.
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/
  • Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/
  • Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi
  • Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/
  • Sains Pertanian/ Pertanian// Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/
  • Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
  • Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan martikulasi untuk program dua semester mengikut jurusan:
  • Jurusan Sains
Memperoleh sekurang-kurangnya C dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik/Biologi. Memperoleh B dalam Bahasa Inggeris dan lulus dalam Sejarah
  • Jurusan Kejuruteraan
Memperoleh sekurang-kurangnya B dalam Matematik dan C dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik. Memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam kimia dan Sejarah dan memperoleh C dalam SATU daripada mata pelajaran berikut:-

  • Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
  • Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.
  • Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
  • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Jurusan Perakaunan Profesional
Memperoleh sekurang-kurangnya C dalam subjek Bahasa Malaysia dan Matematik Tambahan. Memperoleh A dalam subjek seperti Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus dalam Sejarah. Memperoleh A dalam TIGA daripada mata pelajaran berikut:-

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/
  • Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/
  • Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
  • Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Jurusan Perakaunan
Memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Sejarah dan memperoleh sekurang-kurangnya C dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana dari DUA daripada mata pelajaran berikut:-

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/
  • Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/
  • Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
  • Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
Memperoleh sekurang-kurangnya C dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik dan lulus dalam subjek Matematik tambahan, Sejarah, Bahasa Inggeris Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains komputer
🗣️Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbuat demikian dengan klik pautan di bawah:
👉🏻Portal Rasmi Bahagian Matrikulasi

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...