Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tabung Haji 2020: Jumlah Bonus (Hibah) Dan Tarikh Pengumuman

3,622

Tabung Haji (TH) merupakan satu inisiatif bagi umat Islam di Malaysia membuat simpanan jika ingin menunaikan haji di tanah suci Mekah.

TH juga berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun dan sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan efisyen.

Sama seperti simpanan yang lain, Tabung Haji juga mempunyai jumlah bonus yang akan diagihkan kepada pendeposit serta tambahan hibah kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Namun, hibah yang diberikan adalah berdasarkan prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2020 nanti.

INFO RINGKAS TABUNG HAJI

Tabung Haji ditubuhkan atas kesedaran dan keinsafan serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963.

Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal Haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

SEJARAH HIBAH TABUNG HAJI 1994 HINGGA 2019

Berikut adalah sejarah dividen Tabung Haji yang pernah diterima oleh pendeposit pada tahun 1994 hingga 2017 ialah:

Tabung Haji 2020: Jumlah Bonus Dan Tarikh Pengumuman

Bagi tahun 2018 dan 2019 pula:

TAHUN  HIBAH TAHUNAN HIBAH HAJI
2019 3.05% -%
2018 1.25% -%

PEMBERIAN HIBAH HAJI TAHUN 2020

Bagi pemberian bonus dan hibah haji bagi tahun 2020 pula:

TAHUN  HIBAH TAHUNAN HIBAH HAJI
2020 3.10% -%
Nota: Sebarang maklumat berkaitan bonus serta hibah haji bagi tahun 2020 juga boleh dilakukan terus di laman rasmi Tabung Haji.

TARIKH PENGUMUMAN HIBAH TABUNG HAJI 2020

Lembaga Tabung Haji akan membuat pengumuman dividen atau hibah pada tarikh berikut:

  • 2 Mac 2021

Tabung Haji 2020: Jumlah Bonus (Hibah) Dan Tarikh Pengumuman

PERBEZAAN HIBAH TAHUNAN DAN HIBAH HAJI

Mungkin ada yang masih lagi keliru dengan perbezaan Hibah Tahunan dan Hibah Haji yang dilaksanakan oleh Tabung Haji. Lihat sini untuk lebih faham perbezaan antara Hibah Tahunan dan Hibah Haji yang dilaksanakan oleh Tabung Haji.

HIBAH TAHUNAN HIBAH HAJI
Merupakan bonus yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa. Merupakan bonus khas yang diberikan kepada peneposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka.
Diberi dengan tujuan menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH. Majoriti pendeposit mendapat bonus haji ini.

SEMAKAN BONUS TAHUNAN TABUNG HAJI 2020

Anda boleh membuat semakan kredit bonus atau dividen Tahunan Tabung Haji 2020 melalui:

  • Kaunter Tabung Haji
  • Mesin ATM (Bank Islam, Bank Rakyat & Maybank)
  • THiJARI
Nota: Semakan bonus tahunan boleh dilakukan pada 3 Mac 2021 pada jam 12 tengah hari.

Tabung Haji 2020: Jumlah Bonus (Hibah) Dan Tarikh Pengumuman

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut mengenai Hibah Tahunan Tabung Haji bagi tahun 2020, sila hubungi Tabung Haji di:

  • Laman web : TABUNG HAJI
  • TH Contact Centre : 03 6207 1919
  • SMS: 33990
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...