MyDeposit 2018 adalah satu insentif kerajaan dengan menyediakan bantuan deposit 10% daripada harga jualan hartanah di bawah RM500,000. Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama kini dibuka bermula 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. Kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim MyDeposit 2018.