Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tahukah Anda Bantuan Prihatin Nasional Boleh Dikeluarkan Dimana-mana Bank? Jadi Janganlah Berkampung Dekat BSN Tu

1,292

Wang BPN Boleh Keluar Pelbagai Bank

Wang BPN sebenarnya boleh dikeluarkan dimana-mana sahaja bank yang terdapat di Malaysia ini dan tidak tertumpu pada Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Anda tidak perlu pergi beratur dan menunggu sehingga berjam-jam di BSN semata-mata untuk mengeluarkan wang BPN tersebut sehingga terlupa sesuatu yang penting untuk dijaga ketika ini.

bankmlysa

Jaga Social Distancing / Jarak Sosial

Perkara yang penting di sini adalah perlunya menjaga jarak sosial antara kita supaya wabak yang melanda kita sekarang ini berhenti penularannya.

Anda tidak perlu bersesak-sesak di bank BSN sahaja kerana terdapat pelbagai jenis bank yang ada di Malaysia ini seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, RHB, Agro Bank, Hong Leong Bank ,Public Bank dan pelbagai lagi untuk anda keluarkan duit anda.

Anda boleh pergi ke ATM yang tidak ramai orang atau memilih waktu yang sesuai untuk membuat pengeluaran duit anda.

social

serbubank

Tiada Caj Pengeluaran

Sepanjang tempoh PKP ini, tiada caj pengeluaran dikenakan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan bank lain ketika anda melakukan transaksi pengeluaran duit.

Jadi, pilihan terbaik ada di tangan anda. Anda boleh memilih yang terbaik untuk anda dan juga masyarakat.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...