Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Guna Barang Dari MR.DIY, Ini Trik Deko Ala Mewah Dengan Bajet Rendah Anda Boleh Cuba Sepanjang PKP Untuk Raya Nanti

3,728

Kalau sebut sahaja deko rumah, mesti terbayangkan deko yang mewah dan pastinya bajet mahal. Almaklumlah, semua barang yang terlintas difikiran adalah barang yang berjenama seperti meja makan IKEA, set sofa Lorenzo, barangan daripada Harvey Norman dan pelbagai lagi kedai barangan rumah yang terkenal di Malaysia.

Belum lagi hias rumah dengan cat baru, hias dinding dengan lukisan dan wallpaper mahal, kos upah pekerja untuk pemasangan dan lain-lain lagi.

Tambah-tambah dah nak raya tidak lama lagi. Pasti sudah terfikir, nak tukar itu ini supaya rumah nampak cantik. Maklumlah, nanti ramai kawan-kawan dan sanak saudara nak berkunjung ke rumah.

Tapi, barang dalam rumah elok lagi. Tak elok pula membazir.

Apa kata gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan deko rumah ala mewah dengan bajet yang rendah dengan membeli barangan yang berkaitan di MR DIY sahaja.

Ini caranya.

3 Cara Hias Rumah Ala Mewah Cara Bajet

1. Hias Dan Cantikkan Dinding

Sebelum anda menghias rumah anda, pastikan dinding rumah anda bersih daripada kesan gam, stiker atau double sided tape. Anda tidak perlu menggosok dinding anda dengan perkakas yang boleh merosakkan dinding rumah anda. Gunakan sahaja Sticker Remover by Getsun yang dijual di MR DIY.

sticker remover

Setelah siap di cuci, tampalkan dinding rumah anda dengan wallpaper Deco 3D dan mudah ditanggalkan jika anda ingin menukar rekaan yang baru.

3d deco

Anda juga boleh hiaskan dinding rumah atau bilik anda dengan menggunakan ‘washi tape’. Gunakan imaginasi dan kreativiti anda untuk membuat perhiasan yang menarik atau anda boleh mencari di Google sahaja untuk melihat contoh menghias dinding menggunakan ‘washi tape’ ini.

washi tape

2. Penutup Ruangan Bawah Sinki

Jika bahagian sinki ada nampak hodoh dan menyakitkan mata, anda boleh buat penutup untuk menjadikan bahagian tersebut cantik dan kemas.

Jika tetamu datang sampai ke dapur, tidaklah rasa segan. Mata sendiri pun rasa tidak sakit lagi. Anda tidak perlu mengupah orang untuk membuat kabinet dibahagian sinki. Hanya gunakan shower curtain yang diubah suai sahaja untuk menutup bahagian sinki tersebut. Mudah sahaja, beli shower curtain, ukur mengikut ketinggian bwah sinki dengan betul dan tepat, gunting mengikut ketinggian yang diingin dan pasang di bahagian bawah sinki anda.

shower curtain

Sekarang, dapur anda sudah cantik dan lebih kemas daripada sebelumnya.

tutup bawah sinki

3. Ubah Gaya Perabot

Gunakan sahaja kreativiti anda untuk mengubah gaya perabot yang anda inginkan. Anda tidak perlu membazirkan wang  anda untuk meenggantikan perabot baru. Membazir pula sekiranya perabot ada masih lagi boleh digunakan.

Contohnya sarung kerusi anda. Anda juga boleh mencantikkan sarung kerusi anda dengan menjahit bunga yang dibeli daripada MR DIY atau membuat corak secara lekapan di sarung kerusi yang kosong.

Lihat contoh ini.

lekap corak

bantal merelap

dojahit bunga

Cantikkan kusyen kerusi anda? Kalau anda kreatif, semua ini akan kelihatan cantik. Malahan, bajet yang anda keluarkan juga lebih rendah.

Laman Web MR DIY

Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda dan mendeko sehingga cantik dengan bajet yang jauh lebih rendah, anda boleh buka laman web MR DIY dan anda boleh memilih barangan yang sesuai untuk anda menghias rumah anda.

Klik link ini untuk memilih barangan di MR DIY.

Jadi, walaupun PKP, tidak ada halangan untuk anda membeli barangan yang bersesuaian bukan? Buka laman web tersebut, pilih dan tunggu sahaja dirumah anda. Pihak MR DIY akan menghantar barangan yang anda pilih.

diy online

Selamat mendeko.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...