Majoriti Mak Ayah Sokong Tangguh Persekolahan Anak-anak Sehingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya. Biar Anak Belajar Di Rumah Dahulu.

Sekolah Akan Di Buka Selepas Tamat Tempoh PKP?

Adakah ibu bapa bersetuju sekiranya sekolah dibuka selepas tamatnya tempoh PKP yang bakal berakhir pada 14 April nanti?

Sudah pasti ramai ibu bapa tidak bersetuju untuk menghantar anak-anak ke sekolah atau asrama masing-masing kerana wabak ini belum berjaya dihapuskan sepenuhnya.

Kebanyakan ibubapa khuatir sekiranya mereka menghantar anak-anak ke sekolah masing-masing, virus ini mungkin boleh menjangkiti anak-anak mereka dan kes menjadi semakin serius.

Ini dapat dilihat di ruangan facebook KPM ketika Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin memuat naik status berkenaan.

cdgann kpm

Tangguh Persekolahan

Berikut antara cadangan oleh ibu bapa yang menyokong sesi persekolahan ditangguhkan untuk sementara waktu.

parentkpm

Ada ibu bapa yang mencadangkan supaya sesi peperiksaan penting juga ditangguhkan untuk sementara dan nyawa itu lebih penting dari segalanya.

Kelas boleh dibuat secara online dengan pelbagai aplikasi melalui whatsapp,zoom meeting dan google classroom.

parent2

parent5

Segala cadangan ibu bapa yang telah disuarakan di facebook KPM ini akan diambil kira oleh pihak KPM untuk memastikan kebajikan dan pelajaran pelajar terjamin sepanjang tempoh ini.

mpbaru

Ramai ibu bapa, guru dan pelajar yang memberi pandangan di media sosial saya dan KPM berkaitan pembukaan semula sesi persekolahan.
Kami hargai setiap pandangan yang diterima. Teruskan beri pandangan yang membina demi generasi masa depan negara.

(Menteri Pendidikan Malaysia : Dr Radzi Jidin)

Pandangan Dan Cadangan

Sekiranya anda mempunyai cadangan yang bersesuaian, anda boleh terus ke laman berikut :

  • Facebook KPM : https://www.facebook.com/KemPendidikan
  • Twitter : @RadziJidin
  • Instagram : @Radzi.Jidin

Sumber : https://www.facebook.com/KemPendidikan

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.