Tarikh & Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2018

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan sebuah langkah bijak yang diambil oleh kerajaan dalam mengagihkan hasil kekayaan negara kepada rakyat. BR1M juga telah terbukti mampu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Permohonan BR1M telah lama dibuka untuk yang layak memohon dan keputusan permohonan juga sudah diketahui. Tahniah bagi anda yang berjaya menerima bantuan kerajaan ini. Bagi anda yang permohonannya tidak lulus, anda tidak perlu risau. Anda masih berpeluang membuat permohonan rayuan bagi mendapatkan bantuan ini.

Pada tahun lepas (2017), tarikh rayuan bagi pemohon yang tidak berjaya adalah dari 3 April sehingga 31 Mei. Tarikh permohonan rayuan tahun ini pula  akan dibuka pada awal bulan April. Tempoh permohonan rayuan tersebut adalah seperti berikut.

  • Tarikh Permohonan Rayuan: 2 April 2018 – 31 Mei 2018

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018

Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan ini tidak boleh dibuat secara online. Rayuan hanya boleh dibuat secara manual dengan mendapatkan borang rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Anda perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan anda juga perlu menyertakan beberapa dokumen berkaitan sebagai sokongan.

Borang yang telah anda isi dan dokumen-dokumen berkaitan tersebut haruslah anda hantar ke LHDN semula. Selain LHDN, anda juga boleh menghantar borang serta dokumen berkaitan tersebut ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada tarikh yang telah dinyatakan di atas.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU ANDA SERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN

Dokumen-dokumen penting yang wajib anda sertakan semasa menghantar borang rayuan adalah seperti berikut:

1.)  Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai 

/ Ketua Peribumi atau Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahw

Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan

Bujang); ATAU

 

2. Sijil Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi atau Ketua

Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) 

bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang); DAN

 

3. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen

pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon; ATAU

 

4. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) /

Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

JADUAL OPERASI KAUNTER BR1M

Anda perlu mengetahui bila waktu kaunter BR1M beroperasi untuk anda hantar semula borang rayuan bagi memudahkan anda. Kaunter BR1M ini akan dibuka pada hari bekerja.

Kaunter akan ditutup ketika cuti umum seperti Hari Keputeraan Sultan bagi negeri masing-masing, hari perayaan dan sebagainya. Berikut merupakan jadual waktu operasi LHDN di seluruh negeri di Malaysia.

Cara-cara Permohonan Rayuan BR1M

TIPS MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN

Menurut kajian, ramai individu yang permohonan BR1M mereka ditolak pada permohonan pertama adalah kerana kegagalan mereka dalam mengisi borang permohonan dengan lengkap dan juga tidak menyertakan dokumen penting yang dikehendaki. Berikut merupakan sedikit tips dan nasihat buat anda bagi memastikan permohonan BR1M kali kedua anda ini membuahkan hasil.

1.) Anda perlu mengisi borang dengan lengkap. Pastikan semua ruangan maklumat yang dikehendaki telah anda isi dengan betul dan tepat.

2.) Sertakan semua dokumen berkaitan. Pastikan anda hantar kesemua dokumen berkaitan (seperti yang telah disenaraikan di atas) bersama-sama dengan borang rayuan anda. Jangan tertinggal walaupun satu.

3.) Pastikan anda hantar tepat pada masanya. Anda perlu peka dengan tarikh hantar borang tersebut. Pastikan anda tidak terlewat.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda boleh melayari laman web rasmi BR1M. Link ke laman web ini disertakan di bawah.

* Laman web rasmi BR1M:  https://ebr1m.hasil.gov.my/

Selamat memohon buat anda semua dan pihak kami mendoakan permohonan anda berjaya!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.