Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

i-Lestari RM500 Bulan Disember. Rujuk Jadual Ini Untuk Tarikh Pembayaran

9,606

Masih lagi tertunggu-tunggu tarikh kemasukan duit i-Lestari bagi bulan Disember? Tidak perlu tunggu lagi kerana anda hanya perlu rujuk jadual tarikh pembayaran i-Lestari yang akan dikongsikan disini. Jadual tarikh pembayaran i-Lestari ini telah dikeluarkan oleh pihak KWSP sendiri untuk rujukan pemohon.

Menurut KWSP, pembayaran akan dilakukan pada 1 haribulan mengikut hari bekerja setiap bulan sama seperti bulan-bulan yang lain kecuali pada tarikh tersebut adalah hari cuti.

SEMAKAN BAKI AKAUN 2 KWSP

Anda juga boleh membuat semakan baki akaun 2 KWSP terlebih dahulu untuk sebelum anda semak kemasukan duit i-Lestari ke akaun anda.

Anda boleh menyemak baki akaun 2 KWSP secara online sahaja iaitu melalui i-Akaun dan ianya memudahkan anda untuk berurusan dan tidak perlu lagi ke kaunter KWSP semata-mata untuk membuat semakan baki akaun 2 anda.

JADUAL PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP DISEMBER 2020

Anda boleh membuat semakan jadual tarikh pembayaran i-Lestari KWSP RM500 bagi bulan Disember 2020 seperti berikut:

i-Lestari RM500 Bulan Disember. Rujuk Jadual Ini Untuk Tarikh Pembayaran

Bayaran bagi bulan Disember akan dimasukkan ke akaun penerima bermula pada 1 Disember 2020 dan untuk tarikh yang berikutnya terus rujuk jadual yang tertera.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI AKAUN 2 KWSP

Untuk membuat semakan baki akaun 2 KWSP, anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Caranya ialah :

  • Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP melalui emel atau ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP yang terdekat dengan anda.

Untuk log masuk ke i-Akaun KWSP pula :

  • Klik Portal KWSP terlebih dahulu.
  • Masukkan KOD PENGAKTIFAN di ruangan USER ID. (Aktifkan dalam masa 30 hari selepas terima kod pengaktifan)
  • Masukkan KATA LALUAN SEMENTARA dan klik LOGIN.
  • Log masuk dengan ID baru.
  • Buat semakan baki akaun anda sekarang.

Jika anda ingin membuat pembatalan pengeluaran wang i-Lestari kerana kewangan anda semakin kukuh, rujuk sini untuk dapatkan cara-cara membatalkannya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk dapatkan info selanjutnya berkaitan pembayaran i-Lestari, anda boleh dapatkan maklumat serta ajukan pertanyaan di saluran berikut :

  • KWSP HOTLINE : 03-8922-4848
  • ENQUIRY KWSP
  • Telefon : 03 – 8922 6000
  • Faks : 03 – 8922 6222
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...