Adakah anda ada membuat rayuan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini? Jika ya dan lulus permohonan rayuan, ini adalah berita paling gembira buat anda.
Ini adalah kerana BSH akan disalurkan kepada anda yang lulus rayuan mulai:
- 23 November 2020
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bahawa penerima yang layak serta rayuan akan menerima pembayaran secara dikreditkan terus ke akaun bank pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas.
PERMOHONAN RAYUAN LULUS
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan semua, penerima rayuan yang lulus ini ialah mereka yang telah membuat permohonan pada 7 Ogos hingga 6 September lalu bagi memastikan bantuan yang diterima oleh mereka yang layak dan memerlukan BSH tersebut serta tiada yang tercicir lagi untuk menerima bantuan.
KENYATAAN MEDIA TARIKH PEMBAYARAN BSH
Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia mengenai pengumuman tarikh pembayaran BSH untuk penerima yang lulus rayuan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.