Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan media secara rasmi bahawa pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak.
Melalui kenyataan media tersebut juga diumumkan tarikh pergerakan pulang dan tarikh pergerakan pelajar pulang ke kampus masing-masing yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Malah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut menyatakan SOP pergerakan pulang ke rumah dan ke kampus seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
TARIKH PERGERAKAN PULANG KE RUMAH & KEMBALI KE KAMPUS
Isi Kandungan
Tarikh pergerakan pulang pelajar ke rumah masing-maisng dan kembali semula ke kampus adalah seperti berikut:
- Pergerakan Pulang Ke Rumah: 7 hingga 12 Mei 2021
- Pergerakan Pulang Ke Kampus: 15 hingga 20 Mei 2021
Malah, pelajar juga turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus.
Kebenaran ini selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.
SURAT PELEPASAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT
Pihak IPT akan menyediakan:
- Surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah
- Menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah serta kembali ke kampus bagi setiap pelajar.
3 KAEDAH PERGERAKAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT
Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu:
- Menggunakan kenderaan sendiri.
- Dijemput oleh ibu bapa atau penjaga.
- Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.
SOP PERGERAKAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT
Berikut adalah SOP pergerakan pulang cuti ke rumah dan pergerakan kembali ke kampus masing-masing untuk rujukan:
KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT
Baca juga: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dimansuh, PT3 2021 Dibatalkan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai pergerakan pulang cuti hari raya pelajar IPT dengan menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian:
- 03-8870 6777/6949/6623/6628.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.