Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan IPG 2020 Calon Guru PISMP Lulusan SPM

0 1,894

Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2020 Lepasan SPM Di Buka Seluruh Negara. Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina karier sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2020.

PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM. Boleh juga lihat iklan Pengambilan Guru Interim.

Berikut dikongsikan antara maklumat penting yang wajib anda tahun sebelum memohon masuk ke program tersebut.

Maklumat Permohonan PISMP 2020

Permohonan Guru IPG PISMP 2020 akan di buka pada 24 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020. Rujuk iklan permohonan di bawah:

Iklan Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka

Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM

Terdapat beberapa syarat umum permohonan Guru yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
    (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu,
    – Sejarah,
    – Lulus Bahasa Inggeris,
    – Lulus satu subjek lain.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.

Pengenalan PISMP 2020

Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2020, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Iklan Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2018

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

Pelajar PISMP akan terima elaun RM430 sebulan seperti biasa.

Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Cara Memohon Online

Cara Mohon Guru IPG PISMP

  • Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun.
  • Permohonan ke program PPISMP boleh dilakukan secara online menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.
  • Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima.
  • Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  • Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2020 atau download iklan penuh permohonan Guru PISMP di bawah.

IKLAN PENUH PERMOHONAN

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...