Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini

5,896

Menerusi Pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan pada 6 November yang lalu, Bantuan Sara Hidup (BSH) telah ditukar kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan beberapa penambahbaikan yang memberi pelbagai manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Malahan umur bagi penerima BPR bujang juga telah diturunkan daripada 40 tahun kepada 21 tahun. Maka lebih ramai penerima dari golongan bujang bakal menerima manfaat ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh permohonan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kerana sudah pasti ada yang ingin membuat permohonannya agar dapat merasai bantuan yang bakal diberikan oleh kerajaan kali ini.

TARIKH PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN BPR

Menurut Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican pendaftaran baru untuk BPR akan dibuka pada:

  • 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk permohonan BPR.

TARIKH PEMBAYARAN BPR

Bagi pembayaran BPR pula, ia akan dibuat sebanyak dua kali dan bayaran yang pertama ialah pada:

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September / Oktober 2021

PERUNTUKAN BPR RM6.5 BILION

Peruntukan BPR pada kali ini ialah sebanyak RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding BSH dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia. Ini termasuk perluasan kategori bantuan bagi individu bujang berumur 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini.

CARA PERMOHONAN BPR

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:

  • Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
  • Isikan maklumat yang diperlukan secara online ATAU
  • Download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN yang terdekat dengan anda ATAU
  • Hadir ke Pejabat Cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan UTC LHDN bersama borang permohonan yang telah diisi.

Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...