Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan PISMP IPG 2018

0 1,468

Berikut adalah kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2018. Ia mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), seperti tarikh permohonan dibuka dan ditutup, tarikh semakan UKCG, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.

Kepada calon-calon yang ingin atau telah mengemukakan permohonan PISMP IPG, anda dinasihatkan supaya peka dengan tarikh-tarikh ini supaya dapat bertindak seperti sepatutnya dalam julat masa yang ditetapkan. Kalendar ini tertakluk kepada perubahan semasa.

Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP IPG 2018

BIL

Isi Kandungan

AKTIVITI

TARIKH

1 Permohonan PISMP IPG 2018 secara online dibuka 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
2 Semak nama calon berjaya untuk menduduki UKCG Akan Dikemaskini
3 Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)  –
4 Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM
  –
5 Temu Duga (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik / Kokurikulum)   –
6 Semakan tawaran calon berjaya.

  • Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM.
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
  –
7 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru

  • (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)
  –

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan IPG.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan PISMP ambilan 2018 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh penting ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...