Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tawaran Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah, Cara Mohon Bagi Pelajar Sekolah Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

1,082

Pembukaan sekolah di seluruh Malaysia akan bermula tidak lagi terutamanya untuk sekolah-sekolah di negeri yang tidak terlibat dengan banjir.

Bagi anak-anak fakir dan miskin juga tidak dilupakan kebajikan masing-masing untuk bersekolah dengan selesa seperti mana rakan-rakan yang lain.

Oleh demikian, pelajar bagi Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2022 di negeri Kedah dipelawa untuk memohon Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah bagi Anak-Anak Fakir dan Miskin.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN TAJAAN PENGAJIAN SEKOLAH ZAKAT KEDAH

Pelajar-pelajar sekolah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2022 di negeri Kedah boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 18 Januari 2022

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah bagi Anak-Anak Fakir dan Miskin adalah mengikut kategori seperti berikut:

1. Permohonan Tingkatan 1

  • Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2010
  • Sedang menetap dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun
  • Keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf faqir dan miskin
  • Bersedia ditempatkan di sekolah-sekolah yang ditetapkan oleh LZNK
  • Pelajar yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga

2. Permohonan Tingkatan 4

  • Lelaki sahaja
  • Warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangya 16 Tahun pada tahun 2022
  • Sedang menetap dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun
  • Menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 15 Juzu’

     

  • Pelajar yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga
Nota: Permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah -UPPSZK) yang akan diadakan pada Bulan Februari 2022. 

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

Tawaran Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah, Cara Mohon Bagi Pelajar Sekolah Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

  • Lengkapkan borang permohonan anda.

Tawaran Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah, Cara Mohon Bagi Pelajar Sekolah Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

Orang ramai juga digalakkan untuk membuat permohonan dan kemaskini permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada pautan berikut:

Tawaran Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah, Cara Mohon Bagi Pelajar Sekolah Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah bagi Anak-Anak Fakir dan Miskin sila hubungi:

  • BAHAGIAN PEDIDIKAN ZAKAT KEDAH
    TEL: 04-7331740 / 013-4592071
  • BAHAGIAN LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT KEDAH
    TEL: 013-4463071
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...