Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri JAKIM Dengan Tema Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni

1,611

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa khutbah. Anda yang melakukan solat sunat hari raya di rumah, khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidilfitri.

Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 15 minit sahaja.

Ingat, tidak seperti khutbah Jumaat, khutbah raya akan dibacakan selepas Solat Sunat Aidilfitri.

SYARAT & RUKUN KHUTBAH HARI RAYA

Apakah maksud rukun khutbah?

Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah.

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  • Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  • Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  • Memberi pesanan dengan takwa
  • Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  • Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.

TEKS KHUTBAH AIDILFITRI 1 SYAWAL 1442H

KHUTBAH RINGKAS AIDILFITRI

Selain daripada teks khutbah daripada JAKIM, anda juga boleh membaca khutbah secara ringkas seperti berikut:

Khutbah Pertama

  • Ucap ‘Alhamdulillah’
  • Baca selawat ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad’.
  • Pesan kepada makmum untuk bertaqwa: ‘Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah’.
  • Baca satu potongan ayat Al-Quran: ‘Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar’
  • Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

Khutbah Kedua

  • Ucap ‘Alhamdulillah’
  • Baca selawat ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad’
  • Pesan kepada makmum untuk bertaqwa: ‘Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah’.
  • Baca 1 potong ayat Al-Quran: ‘Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad’.
  • Baca doa untuk seluruh orang Islam: ‘Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat’.
  • Selesai khutbah hari raya.

Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri JAKIM Dengan Tema Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni

Baca juga: Panduan Serta Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah & Kediaman

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...