Temuduga Kenaikan Pangkat
Isi Kandungan
Tahniah kerana anda akan dinaikkan pangkat. Tetapi anda akan melalui satu proses untuk kenaikan pangkat iaitu temuduga.
Adakah anda sudah membuat persediaan temuduga kenaikan pangkat anda? Jika anda belum membuat sebarang persediaan, dikongsikan disini 5 tips untuk anda.
5 Tips Persediaan Temuduga Kenaikan Pangkat
Berikut adalah 5 tips persediaan untuk temuduga kenaikan pangkat :
- Bercakap dengan penyelia anda
- Teliti jawatan
- Buat senarai kemahiran anda
- Membuat penambahbaikan
- Tanya bagaimana orang lain melihat anda
1. Bercakap dengan penyelia anda
Beritahu penyelia anda mengenai temuduga anda. Melalui perbualan ini, anda dapat mengetahui bagaimana penyelia anda menilai sumbangan dan tahap kerja anda di dalam syarikat. Mereka juga mungkin dapat memberikan petua dan konteks tambahan untuk anda berjaya dalam temuduga.
2. Teliti jawatan
Teliti setiap aspek jawatan anda. Anda boleh bertanya dengan jabatan sumber manusia mengenai struktur organisasi jabatan atau berbincang dengan panel pengambilan mengenai maklumat jawatan tersebut. Anda juga boleh bertanya orang yang pernah memegang jawatan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pekerjaan tersebut.
3. Buat senarai kemahiran anda
Untuk persediaan temuduga kenaikan pangkat yang seterusnya adalah dengan meletakkan diri anda dengan senarai kemahiran atau kelebihan diri anda. Sesuaikan setiap kemahiran tersebut dengan jawatan tersebut.
4. Membuat penambahbaikan
Buat penambahbaikan dengan mengatasi segala cabaran yang anda hadapi dalam posisi yang terkini. Jadi seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasan dan jawatan anda.
5. Tanya bagaimana orang lain melihat anda
Persediaan seterusnya adalah melalui pertanyaan daripada orang lain. Anda boleh bertanya kepada rakan sekerja anda reputasi anda ditempat kerja atau anda boleh bertanya melalui pengurus anda prestasi kerjaya anda. Pertimbangkan kelemahan anda sekiranya ada dan fikirkan cara untuk menyelesaikannya.
Contoh Soalan Temuduga Kenaikan Pangkat
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga untuk kenaikan pangkat sebagai persediaan anda.
Mengapa anda mahu menukar peranan atau jabatan?
Berikan jawapan positif dan elakkan memberi jawapan tentang ketidakpuasan hati dengan jawatan anda sekarang dan berikan sumbangan anda kepada syarikat serta perjalanan kerjaya anda.
Contoh jawapan: “Setelah tiga tahun berada di kedudukan sekarang, saya telah belajar banyak perkara untuk berjaya dalam industri ini. Dalam jawatan baru ini, kemahiran kepemimpinan saya akan lebih berkesan dan saya dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada matlamat syarikat. Ini juga merupakan hasrat peribadi saya untuk menyokong dan membimbing orang lain.”
Apakah perbezaan anda dengan orang lain?
Ceritakan perbezaan anda dengan orang lain dan ceritakan kelebihan serta pencapaian anda serta kaitkan dengan jawatan baru anda. Ceritakan semua kelebihan dan kemahiran anda seolah-olah penemuduga tidak mengetahui apa-apa tentang anda.
Contoh jawapan: “Saya telah menyelaraskan aliran kerja dan meningkatkan keuntungan sebanyak 5%. Saya berpengalaman dengan pengurusan projek dan berkemahiran menyelesaikan masalah dan membolehkan saya terus memberikan sumbangan yang berharga kepada syarikat.”
Apa yang akan anda lakukan selama 30 hari pertama dalam peranan ini?
Untuk memastikan bahawa anda memahami pekerjaan dan bahawa anda bersedia untuk jawatan itu, penemuduga anda mungkin bertanya apa yang anda rancangkan untuk dicapai pada bulan pertama anda dalam jawatan baru. Pertimbangkan tujuan yang akan anda tetapkan, inisiatif kerja berpasukan yang akan anda mulakan dan cara anda mengukur kejayaan.
Contoh jawapan: “Dalam 30 hari pertama saya, saya akan menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dengan penyelia saya dan menggunakan objektif ini untuk membuat rancangan untuk pasukan saya. Saya juga akan menilai aliran kerja pasukan semasa dan membuat cadangan untuk proses yang lebih cekap.”
Jika anda mendapat panggilan temuduga kenaikan pangkat, pastikan anda membuat persediaan yang sebaiknya. Manfaatkan tips diatas untuk temuduga yang akan datang. Semoga berjaya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.