Jom Ikuti Temuduga Khas Peluang Pekerjaan Dalam Industri Minyak & Gas Dengan Kerjasama Petronas. Bantuan Mobiliti Sehingga RM1,000
Ramai anak muda masa kini berminat untuk bekerja dalam bidang industri minyak dan gas kerana gaji yang lumayan serta pelbagai pengalaman yang menarik.
Bagi anda yang berminat untuk bekerja dalam industri minyak dan gas, pelbagai syarikat dengan kerjasama Petronas telah menganjurkan temuduga khas peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas untuk anda.
Bilakah temuduga khas ini akan diadakan dan apakah jawatan yang ditawarkan?
INFO RINGKAS TEMUDUGA KHAS PELUANG PEKERJAAN DALAM INDUSTRI MINYAK & GAS
Isi Kandungan
Jika anda berminat untuk mengikuti temuduga khas peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas, berikut adalah info yang perlu anda tahu agar tidak terlepas peluang untuk mengikuti temuduga yang akan dijalankan:
- Tarikh temuduga: 11 Ogos 2021
- Hari: Rabu
- Masa: 9 pagi hingga 3 petang
KAEDAH TEMUDUGA
Temuduga yang akan dijalankan adalah secara online dengan menggunakan aplikasi:
- Cisco Webex
FAEDAH TEMUDUGA KHAS PELUANG PEKERJAAN DALAM INDUSTRI MINYAK & GAS
Antara faedah yang anda semua bakal perolehi adalah:
- Insentif mobiliti sehingga RM1,000.00 ditawarkan jika anda mendapat pekerjaan.
- Temu duga akan dilaksanakan menerusi Webinar Cisco Webex secara dalam talian.
- Pelbagai jawatan ditawarkan dengan gaji yang lumayan
PAUTAN PRA-PENDAFTARAN
Sebelum ikuti temuduga secara online, anda digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu pada pautan berikut:
- Lengkapkan borang pendaftaran anda.
- Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Anda juga digalakkan untuk mendaftarkan diri anda melalui portal MyFutureJobs untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jawatan yang ditawarkan.
MAJIKAN TERLIBAT, SENARAI JAWATAN & GAJI DITAWARKAN
Berikut adalah senarai majikan terlibat, senarai jawatan dan gaji yang ditawarkan:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Temuduga Khas Peluang Pekerjaan Dalam Industri Minyak & Gas Dengan Kerjasama Petronas sila hubungi:
- Nur: 019-292 8572
- 1300-22-8000
- 03-8091 5300
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.