Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dapat Temuduga Penolong Jurutera Gred JA29? Ini 14 Soalan Yang Sering Ditanya Semasa Temuduga

4,593

Ramai tak disini yang bakal ditemuduga untuk jawatan Penolong Jurutera Gred JA29?

Anda boleh dapatkan 14 jenis contoh soalan temuduga bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 seperti yang dikongsikan oleh calon yang pernah ditemuduga untuk jawatan ini.

Anda juga boleh dapatkan tips untuk temuduga TSOI dengan betul agar proses temuduga berjalan dengan baik dan lancar.

Baca juga: Tips Temuduga Online Untuk Pelbagai Jenis Jawatan KEMAS. Buat Ini Jika Anda Nak Lulus!

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29

Mengapa calon temuduga mesti tahu serba sedikit info mengenai jawatan Penolong Jurutera Gred JA29?

Menurut calon yang pernah ikuti temuduga sebelum ini, panel temuduga akan bertanyakan mengenai info berkaitan jawatan yang dipohon kepada anda.

Info ringkas mengenai jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 ialah:

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,549.00
  • Gaji Maksimum: RM5,701.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG JURUTERA GRED JA29

Calon juga dinasihatkan untuk mengambil tahu deskripsi tugas Penolong Jurutera Gred JA29 dan deskripsi tugasnya adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

14 TIPS INTERVIEW TSOI

Sebelum anda hadir untuk temuduga online TSOI anjuran SPA, berikut 14 tips interview TSOI yang boleh anda amalkan:

  1. Berdoa
  2. Bersedia lebih awal
  3. Persediaan AVL
  4. Ketrampilan
  5. Salam
  6. Pandang lensa kamera
  7. Bercakap dengan jelas
  8. Fokus
  9. Tingkatkan keyakinan diri
  10. Buat latihan simulasi

Atau rujuk 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus! untuk penerangan lebih lanjut mengenai interview TSOI SPA.

14 CONTOH SOALAN INTERVIEW PENOLONG JURUTERA GRED JA29

Antara 14 contoh soalan interview Penolong Jurutera Gred JA29 yang boleh anda jadikan rujukan ialah:

  • Perkenalkan diri anda secara ringkas dan padat. Pastikan tiada dalam resume anda.
  • Terangkan deskripsi tugas Penolong Jurutera Gred JA29 yang anda tahu.
  • Apakah yang anda faham mengenai konkrit. Berikan nisbah-nisbah bancuhan konkrit dan kegunaanya.
  • Berapakah anggaran kos untuk membuat jalan raya sepanjang 1 kilometer.
  • Berikan cadangan anda bagaimana untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.
  • Apakah sumbangan atau pencapaian tertinggi yang pernah anda terima?
  • Apakah kekuatan anda, dan kenapa perlu anda untuk kami terima bagi jawatan ini?
  • Apa yang anda tahu tentang jabatan/kementerian ini?
  • Apakah bahan utama untuk buat kekuda?
  • (Anda akan diberi satu masalah dan anda perlu bagitahu bagaimana nak setelkan) Contoh : Kalau dekat site, macamana nak pastikan air yang kotor-kotor itu mengalir ke dalam longkang atau sungai tanpa menjejaskan alam sekitar?
  • Apa itu ETP (Economic Transformation Program) ? Terangkan.
  • Apa itu kejuruteraan awam?
  • Bidang-bidang dalam kejuruteraan awam?
  • Pencapaian yang paling awak banggakan setakat ni. Ceritakan

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...